Sunday, February 15, 2009

Posted by zara On 1:53 AM
Dia tidak pernah meminta kasih sayang,
malah tidak pernah sedar kelahiran kasih sayang itu sendiri di dalam hidupnya.
Kalaupun dia bertanya… bukan kerana dia ingin tahu,
tetapi sekadar nalurinya yang yang ingin bersuara tanpa bermaksud apa-apa.

Dunianya sukar ditafsirkan..
tawa dan tangisnya, sendu dan airmatanya..
wujud hanyalah sekadar dia seorang manusia.
Kelahirannya sebagai satu ujian untuk manusia lain.
Hidupnya bersulam umpat dan keji. Perjalanannya tidak ketentuan arah.
Citanya hanya sekadar melalui hari-hari yang kosong.
Hambar dan tidak membawa sebarang pengertian buat dirinya.

Tetapi bagi mereka yang mahu berfikir dan merenung sejenak..
terlalu banyak yang kita pelajari darinya.
Sabar, kesetiaan dan kasih sayang..
sebenarnya terlalu sempurna untuk hidup di samping masyarakat yang semakin melupakan penciptanya.



“Dan sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia itu berbagai-bagai sifatnya. Mereka ada otak, tetapi tidak mahu berfikir dengannya. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat dengannya. Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Adapun mereka itu umpama binatang ternakan. Bahkan lebih sesat, mereka itu ialah orang yang sesat.”