Wednesday, July 14, 2010

Posted by zara On 11:52 PM


Abah,
Setiap kali memandang wajahmu,
Hati ini begitu bersyukur,
Hati ini begitu bahagia,
Kedapatan seorang ayah sepertimu..

Abah,
Kehidupanku serasa bermakna,
Dengan titik peluhmu,
Aku dan adik-adik mengenali dunia,
Dengan kasih-sayangmu,
Aku dan adik-adik mengenali bahagia,
Dengan ilmumu,
Aku dan adik-adik mengenali Allah Yang Maha Esa..


Abah,
Aku tahu susah payahmu,
Aku tahu deritamu,
Aku tahu budimu,
Semuanya kau persembahkan,
Tanpa sedikit pun rungutan,
Tanpa sedikit pun kemalasan,
Demi membela diri kami sekeluarga..

Abah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan,
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit,
Sanggup berkorban segalanya,
Hanya kerana keluarga tercinta..

Abah...
Moga rohmu dicucuri rahmat,
Ditempatkan bersama orang2 yang beriman..
Al-fatihah....
Posted by zara On 11:51 PM
Hari ini wap berkepul2an keluar daripada nafasku. Udara dingin metah. Suasana pagi tadi seperti berada di Eropah. Hal itu membuatkan jiwaku terkurung di dalam emosi yang beku.Di cengkam meori silam dan hatiku kembali terpenjara di pulau sepi.

Wahai pulau sepi.. aku kembali lagi....

Di pulau ini, aku mencari buah2an kenangan. daripada celah pohonan, ku petik dan ku usap. Ku telan ia mengisi jasadku daripada mati kekeringan. Sebetulnya, buah2an itu tidak sukar untuk ku cari. Hanya perlu mengingatkan kembali bagaimana ia bermula dan di mana ia bertunas. Pasti buah2 itu akan muncul di antara kedua mataku.

Setiap hari aku akan berdiri di pesisir pulau. Memerhati jika ada sampan yang singgah. Menunggu kapal2 yang sudi untuk mengambilku pergi daripada pulau sepi ini. Dalam penantian itu, aku bermain sendirian. Membina istana pasir, melorek sesuatu di atas permukaan pantai sambil menguis2 kulit cangkerang.

Sekali-sekala aku turun ke gigi air, untuk bersuci dan berwuduk. Kekadang aku berenang di permukaan air, memandang karang di dasar. Melihat anak2 ikan yang bebas berkejaran. Sehingga menyangka diriku adalah ikan yang bebas.

Setiap kali malam muncul, bayang2 yang menemaniku hilang. Aku bimbang, takut dan merasa sunyi. Tetapi aku terinagt janjiku bersama dia. Lalu bintang2 di langit bersinar terang. Memberi cahaya untukku. Aku tidak tahu apakah nama2 bintang itu. Sama ada di penjuru timur dan barat, di penjuru selatan dan utara. Mereka bertaburan di dada langit, sehingga sukar untuk aku susun dalam ingatan..

Entah sudah berapa hari aku meninggalkan pulau kecewa. Entah sdah berpa hari aku tersadai di pulau sepi.. Kisah semalam masih segar, sehingga buah2 kenangan tersembul di kiri dan kananku. Mendesak aku memetiknya dan mengungkap sesuatu. Aku mencapai puntung kayu halus, bergegas ke pinggir pantai.

Ku turut rentak melodi ombak menghempas pantai. Dipasir lembah itu, ku tulis sesuatu. Ku bacakan kalimah demi kalimah..

Kudus hembus sukma menyapa jiwa,
Berjurai kuntuman kejora menembus nostalgia,
Halus warna semalam berubah jingga,
Mulus mengusap2 mencumbui sejuta figura,
Kabus terang, suram berbalam2,
Sejurus ku tangkap sesusuk wajah duka..

Ku hayati sebujur wajah muda,
Asyik ku lekuk redup mata bundar,
Ku lorek kening lentik mata pedang,
Ku usap-tiup gebu pipi semulus sukma..

Lalu
Sayu ku seru sepotong nama,
Menanti tawa dan canda bicara,
Lesu ku baca mantera cinta,
menanti turunnya kasih membuah setia,
Kaku hatiku diam beku di situ,
Ku sedar diri ini tidak ku miliki sesiapa,
Hanya mampu mengukir sebuah arca di jiwa..

Aku melempar kayu ditangan dan menatap tulisan itu.. Kenapa??

Kenapa dia terlalu kukuh di nubari. Sehingga mengikat setiap sisi di hatiku begitu ketat. Melarang aku melepaskan setiap kenangan. meminta aku rakam saat pertemuan dan perpisahan, serta kisah2 di antara keduanya. Dia mahu aku setia, seperti kesetiaanya padaku. Walaupun setelah dia pergi. Barangkali angin yang memukul bidukku adalah utusannya. Cintanya meniup layar kecilku sehingga terdampar di pulau sepi ini. Diakah yang sengaja membuat aku terasing ke sini? Apakah mantera yang telah dibacakan sehinga dia memiliki kuasa sebegitu? Mustahil orang yang telah pergi melakukan semua itu!

Aku hairan, kenapa kapal2 lain tidak singgah ke pulau ini? Adakah merke tidak melihatnya? Atau sebetulnya pulau sepi ini tidak wujud. Atau pulau ini hanya bayangan ilusi yang dihantar untukku sahaja. Barangkali ada dinding lut sinar yang menghalang penglihatan mereka, yang aku sendiri tidak mampu melihatnya? Tidak mampu merobeknya..

Aku kembali ke tempat tadi. Berbaring sambil melihat bintang di dada langit. Hati mula bercitra dengan monolog sukma sendirian.

* Mencintai dan mengenali tidak sama. Cinta tidak memerlukan sebab. Hanya kerana suka dan kasih, lalu terus mencintai..

* Untuk kenal memerlukan banyak sebab. Banyak soalan dan andaian.

Di pulau sepi...
Rutinku masih sama. Setiap kali siang datang, aku menanti di gigi air. setiap kali malam menjelma, aku terbaring di bawah langit. Siang dan malam berganti, aku terus menanti.

Dia istimewa disisiku bukan kerana sekeping wajah miliknya. Aku tidak sekacak Yusof dan dia bukan secantik Zulaikha. Bukan kerana dia seorang puteri, tiada kaitan dengannya, tetapi adalah disebabkan diriku. Aku yang menganggapnya istimewa, aku yang menyukainya..

Tetapi... sampai bila harus aku menanti...
Posted by zara On 11:50 PM
Ketika dunia masih berkabus, dia pergi meninggalkan aku. Gerimis turun kesedihan.Lalu aku beredar meninggalkan pulau kecewa. Menaiki biduk kecil tidak bertuan. Membelah ombak yang menggulung hiba. Mencerai percikan air dengan tubir pendayung duka. Tanpa disangka, kemudi ku patah dan aku tersadai. Terkandas di pulau tidak bernama. Lalu aku namakan ia Pulau Sepi..

Aku terdampar di pulau ini. Sunyi dan terus menanti mengharap muncul seseorang yang membawaku pergi. Lama aku disitu, bermain sendiri. Yang menyanyi untukku adalah alunan angin dicelah pepohon. Yang menyapa tubuhku adalah bayang2 tidak bersisi. Tiada suara, tiada bahasa yang dapat ku fahami. Hanya ada desir dan gemersik. Aku jadi bisu..

Seawal berada di pulau itu, aku fikir sendiri akan buta. Pendengarankuakan hilang perlahan2.Akal warasku akan tumpul kewajaran. Sehingga jasadku akan mengering dan aku mati kelaparan. Saat itu aku merasakan kaki dan tangan kaku, saraf2 di tubuhku hilang rasa, arteri2 yang meluru ke jantungku terputus..

Lalu aku membuka kembali simpulan janji. Aku satukan hati. Aku tahu aku perlu terus hidup. terus menjaga diri sendiri agar tidak mensia2kan setiap peluang kehidupan yang ada. Aku cuba mengingatkan diri tentang masa depan, tentang harapan. Aku perlu berteguh walau apa jua keadaan. Aku cuba mengingatkan diri di sisi insan ada Tuhan.Ada kuasa yang sentiasa mendengar dan melihat. yang menghidupakn dan mematikan. Yang merosakkan dan menyuburkan.Yang mengawal segalanya. perlahan aku menemukan kekuatan.

Darah kembali mengepam jantungku. Saraf2ku mencucuk kesakitan dan aku mengaduh. Deria ku kembali mencicip rasa. Memaksa aku bangkit dan mencari sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Tubuh letai itu ku gagahi untuk bangun. Aku harus berbicara. Tidak boleh membiarkan sendiri jadi bisu.

Biduk patah kemudi tersesat di lautan,
Teringat tuan puteri yang muncul dalam ingatan,
Tugu kasih tinggal kenangan,
Namun hidup ku tetap diteruskan...

Entah mengapa, pemergiannya buat aku kesal. Baru aku tahu dia sangat istimewa. Walaupun dia cuma singgah seketika di nubari, namun figurnya telah bermukim di lubuk hati. dia seolah kekal di situ walaupun takdir menyatakan dia tiada lagi..
Posted by zara On 11:50 PM
Ia datang tanpa diduga
Jiwaku hanyut diterjah rasa
bagai deruman air terjun di dada
Dingin menyelimuti panas membara

Bila ia memagar jiwa
Segalanya indah belaka
Langkahmu persis gerak tari gemalai
Sahutmu gemersik angin membelai
Bicaramu lunak membuai

Lenamu ku tatap
Jagamu ku nanti
Rajukmu ku ratap

Kasih..
Aku bingung...
Namun aku gelisah tanpamu
Cintakah itu!!
Posted by zara On 11:49 PM

















Tolong ingatkan saya
andai saya terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan saya
supaya ingat pesan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan




Tolong ingatkan saya
dengarlah dan bacalah al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika televisyen penuh hindustan

Tolong ingatkan saya
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya
kalau bercinta biarlah kerana-Nya
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga disana menjadi bekalan

Tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepada-Nya jiwa diserahkan
segalanya Dia lah tumpuan..

Terima kasih kerana mengingatkan diri ini... :)
Posted by zara On 11:33 PM
Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa
"penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah
Allah untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang
mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia
kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan
angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si
anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"....)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... .
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah
dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau
dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni
lebih
berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana
"dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah
berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan
doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri
sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa
ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan
diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji
mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh.
Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal
menemani kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir
radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat
duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang
Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran
Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta
yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat
dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj
Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadis riwayat Imam Muslim)