Thursday, January 2, 2014

Posted by zara On 10:00 AM
Tarikh daftar ke sekolah 30 Disember 2014 tidak dapat di hadiri anakku Muhammad Irfan kerana di jangkiti chickenpox.. Terpaksa dicutikan.. Sian anak ummi.. Abangnya pun sama juga kena chickenpox. Dia orang pertama yang dijangkiti dari sepupunya.. Kemudian aku pulak yang dijangkiti.. Akhir sekali, barulah Irfan yang kena.. Ayahnya tidak dijangkiti kerana telah dijangkiti semasa kecilnya.. Orang kata, chickenpox ni kebiasaannya dijangkiti oleh seseorang sekali seumur hidup.. Tapi ada juga yang aku jumpa kena 2 kali.. Wallahu'alam... Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Tarikh  2 Januari 2014 barulah Irfan boleh pergi sekolah.. Tapi itu pun masih ada sisa chickenpox yang kecil2 dibadannya. 
Gambar dibawah dirakam semasa hari pertamanya di sekolah.. waktu rehat. Nak tengok samada dia boleh membeli makanan di kantin atau tidak. Rupanya macam dah expert je.. Siap nak pergi kedai buku lagi beli macam-macam.. Mungkin kerana dia dah ada 2 tahun pengalaman di sekolah ini kerana dia pra-sekolah di sini dulu.. No matter la kan.. huhu
Apa-apa pun, moga semuanya ok saja di sekolah..
Moga anak ummi membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat.. Doa ummi sentiasa mengiringi langkahmu sayang.. Moga dipermudahkan segala urusan mu di dunia dan di akhirat kelak.. Aamiin...