Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Tuesday, January 20, 2015

Posted by zara On 1:34 AM

Assalam dan salam sejahtera..

Pejam celik.. Pejam celik.. Kejap je 2014 telah meninggalkan kita.. X sedar masa berlalu begitu pantas.. Anak2 dah makin besar.. Kita pulak semakin tua.. Macam mana pulak ngan amalan kita.. Makin bertambah kah.. Kalau masih di takuk lama.. Moh le kita berazam utk jadi ahli syurga.. Walau kita tahu kita ni x layak masuk syurga Allah.. Tp kita kena lah berusaha.. Ye tak.. Bukan hanya berserah saja.. Moga Allah ampunkan segala dosa2 kita.. Aamiin...

Well.. Anak2 ku juga dah makin besar.. Hari pertama sekolah pun macam biasa je.. Ye la.. Yg si kecik da masuk darjah 2.. So kita hantar n tinggal je dia.. Dah tau semuanya.. Huhuu

Hari pertama sekolah tu ramai gak kaum bapa yg tunggu anak2.. Very impressive.. Selalu² tu kaum ibu je ramai.. Tp 2015 ni lain plak.. N ku fikir berterusan la kan sampai akhir tahun.. Tp sayang.. Just for the 1st day only.. Hari berikutnya kaum ibu la jugak yg memenuhkan kawasan sekolah tu tunggu anak2... Hehehehee

Ok la.. Malas la nak celoteh lagi. Enjoy je la pic di bawah yek.. Huhuu

Friday, January 2, 2015

Posted by zara On 9:04 PM
Assalam dan salam sejahtera...

Sepanjang cuti sekolah yg lepas.. 3-4 kali gak aku balik kampung.. Last balik kampung terus bawak mak sekali.. Ajak mak jalan2 KL pulak.. Huhu

Memula balik kg, adik aku si Jimmy Jer tu bawa sekali ular dia.. Lama dah dia bela ular2 tu before he get married. Lepas kawen, bela ularnya tu kat pejabat.. Kat pejabat dia tu apa je yg x de.. Bela ular, tupai, ayam serama, burung merpati, burung bayan, ntah apa lg nama burungnya tu.. kat kg pulak, dia beli itik dan angsa suh mak jaga.. buat riuh2 katanya.. huhu sabar je la..

Ok.. kat sini nak share sikit gambar2 anak2 aku n anak2 sedara main ngan ular adik aku tu.. Then, lepas bawak mak balik KL, malam tahun baru tu ajak mak makan steamboat.. 1st time buat mak.. 1st time gakl buat aku n hubby.. hahaa 
Bukan x suka tapi x pernah rasa nak cuba. Bila kenang balik tengok video dan baca berita pasal steamboat ni, ngeri rasanya.. Yg terbakar la, meletup la.. memang seriau.. Tapi kalau x cuba x tau lak cemana rasanya kan.. hidup hanya sekali.. so, kita cuba je la.. huhuu
Ok la.. enjoy the pics....


























Wednesday, October 8, 2014

Posted by zara On 9:18 PM
Assalam dan salam sejahtera...

Tanggal 5hb Oktober genap 3 tahun anak sedara saya.. Muhammad Danish Haikal dan Ahmad Zuhairy.. Sama tahun tapi berbeza bulan.. Sambut besday sesama.. Sedikit gambar di majlis yang ringkas.. 

Layansszz


Sunday, September 14, 2014

Posted by zara On 8:28 PM
Yeah.. Cuti sekolah tiba lagi.. Namun bagiku cuti kali ini serupa macam x cuti jer.. Apa tidaknya.. Cuti sekolah kali ini aku tak dapat pulang ke kampung.. X best arr.. Huhuu 
Lagi pula en suami sekarang kerja waktu pejabat.. Lagi la rasa busan kat rumah.. X de apa yang nak dibuat.. Melayan anak2 main game, menonton rancangan di astro yang berulang² sampai bertambah lg busan.. Nasib baik ada sepupu mereka balik sini. Ada la kawan.. Aku pulak.. Ngadap fb, baca berita.. Tu je la.. Boring lagi duk bilik tdo zzzZzzzZz.. Apa lagi yang nak dibuat.. Hmmm
Macam mana la agaknya seminggu nak dihabiskan dengan aktiviti macam ni jer.. Betul² boleh buat orang stress.. Kalau en suami kerja macam dulu² jadi cikgu kan seronok.. Leh cuti sesama anak².. Ini.. Huhuu
Setakat ni dah dua kali main jutaria.. Nak abiskan cuti seminggu agak² berapa kali kitaorang akan main.. Hahahaa
Apapun.. Layankan aje anak² main sesama.. Bila main bersama ngan anak² akan wujud satu perhubungan yang kuat.. Yang akan merangsangkan minda dan perkembangan anak².. Bukan anak orang lain pun.. Anak kita jugak kan.. Nak tengok anak kita berjaya kena la berkorban.. Bukannya lahir terus berjaya.. Kan.. Kan.. Huhuu
Layannnsszzzz.....

Thursday, September 4, 2014

Posted by zara On 5:53 PM
1- Baca pada makanan dan minuman, beri pada anak. Niatkan supaya anak jadi baik..

  •        Al-Fatihah 1 kali 
 
  •        Ayat Kursi 1 kali
  •        Ayat 82 Surah Al-Isra' 1 kali  



2- Apabila anak tidur, baca Surah  Al-Insyirah diulang 3 kali di dahi anak. Hembus/tiup ke seluruh badan.


3- Apabila anak menghadapi peperiksaan, baca di ubun-ubun anak, menghadap ke kiblat sebanyak 3 kali :
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ (diulang 3 kali)

Thursday, January 2, 2014

Posted by zara On 10:00 AM
Tarikh daftar ke sekolah 30 Disember 2014 tidak dapat di hadiri anakku Muhammad Irfan kerana di jangkiti chickenpox.. Terpaksa dicutikan.. Sian anak ummi.. Abangnya pun sama juga kena chickenpox. Dia orang pertama yang dijangkiti dari sepupunya.. Kemudian aku pulak yang dijangkiti.. Akhir sekali, barulah Irfan yang kena.. Ayahnya tidak dijangkiti kerana telah dijangkiti semasa kecilnya.. Orang kata, chickenpox ni kebiasaannya dijangkiti oleh seseorang sekali seumur hidup.. Tapi ada juga yang aku jumpa kena 2 kali.. Wallahu'alam... Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Tarikh  2 Januari 2014 barulah Irfan boleh pergi sekolah.. Tapi itu pun masih ada sisa chickenpox yang kecil2 dibadannya. 
Gambar dibawah dirakam semasa hari pertamanya di sekolah.. waktu rehat. Nak tengok samada dia boleh membeli makanan di kantin atau tidak. Rupanya macam dah expert je.. Siap nak pergi kedai buku lagi beli macam-macam.. Mungkin kerana dia dah ada 2 tahun pengalaman di sekolah ini kerana dia pra-sekolah di sini dulu.. No matter la kan.. huhu
Apa-apa pun, moga semuanya ok saja di sekolah..
Moga anak ummi membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat.. Doa ummi sentiasa mengiringi langkahmu sayang.. Moga dipermudahkan segala urusan mu di dunia dan di akhirat kelak.. Aamiin... 



Thursday, December 29, 2011

Posted by zara On 7:00 AM
Hari pertama Amir Zakwan ke sekolah. Dah darjah 1 da dia.. Kejap je masa berlalu.. Adiknya pula masuk Pra-Sekolah.. Senang hantar 1 tempat.. Tak jadi hantar dia masuk Pasti macam abangnya juga.. Huu
Moga anak ummi membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat.. Doa ummi sentiasa mengiringi langkahmu sayang.. Moga dipermudahkan segala urusan mu di dunia dan di akhirat kelak.. Aamiin...



Sunday, June 26, 2011

Posted by zara On 11:26 PM
Sedikit gambar kenangan anakku Amir Zakwan Razali di Pasti As-Salam, Assam Jawa, Kuala Selangor.. Ummi bangga dengan abang.. Tahniah anak ummi sayang... Tahun depan dah darjah 1.. Cam x caya je.. Kejap je masa berlalu.. Lepas ni adik pulak sekolah..