Showing posts with label dear diary. Show all posts
Showing posts with label dear diary. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

Posted by zara On 9:15 PM
Assalam dan salam sejahtera...

Aku sekarang dah ikut kumpulan marhaban kampung sebelah. Saja suka-suka masuk dari takde buat apa kat rumah kan.. Kerja makan tidur saja.. Then ikut gak kelas Kemas dan kelas Agama setiap hari Khamis... Buat tambah ilmu dan pengalaman.. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak yang kita tak tau.. Yuran setahun rm39 dan ada baju seragam.. Macam best je kan.. Ada rombongan lagi.. Ada jemputan hujung minggu.. Macam-macam majlis.. Macam berendoi, barzanji, marhaban, khatam Quran.. Dan aku rasa, aku lah peserta yang paling muda dalam kumpulan tu.. huhu

Sedikit gambar nak kongsi.. Enjoys these pics... :)


Majlis Aqiqah dan Berkhatan.. @Taman Kuala Selangor Jaya/KSJ



Monday, September 29, 2014

Posted by zara On 6:36 AM

Sungguh..
Aku rasa seperti berada di dalam sebuah kotak..
Yang gelap, sunyi dan terasing.. Sendirian..

Sungguh..
Aku hanyalah seorang insan biasa
Yang selalu melakukan kesilapan
Yang selalu berdosa lagi hina
Yang mengharapkan keampunan dari Tuhan

Sungguh..
Aku sungguh benci dengan perasaan ini
Aku sungguh benci bila ia datang lagi
Mengganggu akal dan fikiran nurani
Mengucar-ngacirkan emosi

Sungguh..
Bila ianya terjadi
Aku tidak mahu melayani emosi
Aku tidak mahu menyesakkan akal nurani
Aku tidak mahu ia terjadi lagi

Sungguh..
Hanya pada Tuhan tempat aku kembali
Hanya pada Allah tempat aku mengadu
Hanya padaNya tempat aku berserah
Hanya padaMu tempat aku meminta

Sesungguhnya...
ENGKAU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
ENGKAU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI
ENGKAU MAHA MENGETAHUI ATAS SEGALA²NYA..
BANTU LAH HAMBA MU INI YA ALLAH..
AAMIIN YA RABBAL ALAAMIIN....

Monday, September 22, 2014

Posted by zara On 12:00 PM
Assalam... Hai all..
Harini terasa macam nak makan nasi minyak la.. Tetiba kan.. Sebenarnya dah lama nak masak nasi minyak.. Bertahun dah google resepi.. Tapi x buat² lagi sebab mood nya lum datang.. Haha
Harini.. Perasaan tu dah x boleh dibendung lagi.. Di tambah lagi aritu call mak kat kg mak kata masak nasi minyak lawankan telur masak kurma. (Jemu asyik makan ayam je) Apalagi.. Terus masuk dapur berkungfu x sampai pun sejam nak menyiapkan hidangan nasi minyak ni.. Lauknya just masak ayam masak merah jer.. Nak masak sayur dalca dan acar timun tp malas nya la nak kuar p beli barang.. Dalam icebox ada bayam je.. Makan nasi ngan lauk ayam je la jawabnya.. Hahaha...
Nama pun percubaan pertama kan.. Nanti kalau betul² nak hidang nasi minyak kat tetamu kena la ada semua bahan ye dok.. Huhu
Setelah berhempas pulas jadi la nasi minyak ku yang simple n tasty tu.. Hohoo
Ayam masak merah tu sama je resepi macam sebelum² ni masak.. Kalau nak resepi just ask mr.google.. Semua ada.. Macam² ado.. Sama la jugak ngan resepi nasi minyak ni.. Google je semua keluar.. Nak resepi mudah, nak resepi rumit.. Pilih jer.. Pilihan di tangan anda.. Ops silap.. Pilihan di hujung jari anda.. Ketik je tetikus tu kuar la resepinya.. Huhuu
Da siap masak, apa lagi.. Dok baring² sementara nak tunggu jam 1.20pm ni pick up my sons..
Pagi tadi, buat roti ala john.. Resepi sama macam roti john, tp sebab guna roti gardenier je.. Jadi la roti ala john.. Sbb bukan roti panjang yg biasa² wat roti john tu.. Hahaa
2 ekor ikan sardin digunakan untuk buat roti ala john.. Terasa sardinnya tu dah mcm makan roti canai sardin kat kedai mamak.. X macam roti john kat pasar malam tu telur je lebih.. Hahaa.. Nama pun homemade kan.. Air tangan ummi yang mithali ni untuk buat bekal anak² ke sekolah.. Kekekee.. (Perasantan la tu..) wakakaka
Ok la.. Nak layan game jap.. Sampai sini dulu.. Sila la jamu selera mata yek.. Hehe
Layansszzz...

Sunday, September 14, 2014

Posted by zara On 8:28 PM
Yeah.. Cuti sekolah tiba lagi.. Namun bagiku cuti kali ini serupa macam x cuti jer.. Apa tidaknya.. Cuti sekolah kali ini aku tak dapat pulang ke kampung.. X best arr.. Huhuu 
Lagi pula en suami sekarang kerja waktu pejabat.. Lagi la rasa busan kat rumah.. X de apa yang nak dibuat.. Melayan anak2 main game, menonton rancangan di astro yang berulang² sampai bertambah lg busan.. Nasib baik ada sepupu mereka balik sini. Ada la kawan.. Aku pulak.. Ngadap fb, baca berita.. Tu je la.. Boring lagi duk bilik tdo zzzZzzzZz.. Apa lagi yang nak dibuat.. Hmmm
Macam mana la agaknya seminggu nak dihabiskan dengan aktiviti macam ni jer.. Betul² boleh buat orang stress.. Kalau en suami kerja macam dulu² jadi cikgu kan seronok.. Leh cuti sesama anak².. Ini.. Huhuu
Setakat ni dah dua kali main jutaria.. Nak abiskan cuti seminggu agak² berapa kali kitaorang akan main.. Hahahaa
Apapun.. Layankan aje anak² main sesama.. Bila main bersama ngan anak² akan wujud satu perhubungan yang kuat.. Yang akan merangsangkan minda dan perkembangan anak².. Bukan anak orang lain pun.. Anak kita jugak kan.. Nak tengok anak kita berjaya kena la berkorban.. Bukannya lahir terus berjaya.. Kan.. Kan.. Huhuu
Layannnsszzzz.....

Tuesday, September 9, 2014

Posted by zara On 6:42 PM
Hati ini sakit.. 
Hati ini rasa disakiti.. 
Dilukai.. Dikhianati.. 
Namun apakan daya
Aku hanyalah seorang insan lemah
yang tak punya apa2.. 
Hanya dipandang sebelah mata.. 
Itupun bersyukur sesangat 
jika dipandang sebelah mata.. 
Hakikatnya, tiada yg sudi memandang..
Tiada yg sudi melihat.. 
Hanya melirik dengan ekor mata.. 
Bagai harimau yang akan menerkam mangsanya
pada bila2 masa sahaja..
 Umpama nyawa dihujung tanduk..
Hakikat yang sukar ku terima.. 
Namun apakan daya ku sudah suratan.. Tertulis begitu.. 
Aku tiada daya untuk melawan.. 
Aku tiada kuasa untuk menahan.. 
Aku pasrah dan redha.. 
Pasrah diketepikan.. 
Umpama bola yang zahirnya bulat.. 
Di buang jika tidak suka.. 
Di cari tetapi ditendang ke sana ke sini.. 
Itu lah aku..
Aku hanya mahukan perhatian.. 
Sedikit ruang di hati yang amat dalam..
Sedikit cuma..
 Kerana aku sedar aku hanya manusia biasa.. 
Yang tidak punya keistimewaan 
yang dapat kau bangga2kan.. 
Yang tidak punya rupa untuk kau rindukan.. 
Kerana aku hanyalah aku..
Memendam segala perasaan
Menutup segala luka yang lalu
Menyembunyikan segala luka berdarah
Yang tidak sempat untuk sembuh
Tetapi di tambah lagi dan lagi
Aku yang selalu mengikut 
segala kemahuan mu.. 
Aku yang selalu menurut 
segala perintah mu.. 
Aku.. Hanyalah aku.. 
Aku dan diriku.. Aku dan sesuatu..
Hanya seorang hamba yang hina lagi menyesakkan pandanganmu.. 
Aku tahu siapa aku.. 
Seorang insan yang hanya inginkan perhatian.. 
Belaian.. 
Sentuhan.. dari mu..
Tetapi.. 
Di lirik dengan ekor mata yang tajam.. 
Di biar tanpa belas dan ihsan..
Di tinggal dengan rajuk yang berpanjangan..
Aku...

Wednesday, September 3, 2014

Posted by zara On 4:58 PM

Assalam dan salam sejahtera...

Hidup ni x pernah lari dari masalah... Kan..??
Selagi dilabel manusia, selagi itu lah kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah.. Masalah tu sebenarnya adalah dugaan untuk kita.. Ujian yang akan mematangkan diri kita.. Yang akan menjadikan kita lebih dewasa.. Yang akan menjadi pengajaran paling berguna untuk kita jadikan panduan dalam hidup kita.. Semuanya bergantung pada pilihan kita.. Pilihan yang betul atau tidak.. Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri jugak..
Setiap masalah yang kita hadapi, Allah swt telah sediakan jawapan dan jalan penyelesaiannya.. Semuanya terpulang kepada kita untuk menangani masalah itu.. Bergantung pada usaha kita untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.. Dan berkait rapat kepada pilihan yang kita buat.. Setiap ujian yang Allah berikan, telah tersedia jawapannya.. Hanya kita yang perlu membuat pilihan. Samada pilihan kita tu merupakan jalan yang baik, berlandaskan syariah islamiah.. Berpandukan akal fikiran dan iman di dada.. Atau pilihan yang berlandaskan nafsu semata-mata.. Bukanlah pasrah saja, berserah pada takdir semata-mata.. Kerana Allah swt sangat suka kepada hambaNYA yang ingin berubah.. Allah swt tidak akan mengubah hidup seseorang itu melainkan dirinya sendiri yang berusaha berubah kepada perubahan yang lebih baik..
Hidup kita telah ditakdirkan Allah swt dari luh mahfuz lagi.. Rezeki kita, jodoh kita, ajal kita.. Semua telah ditetapkan.. Tetapi setiap peristiwa itu perlu kita hadapi berpandukan iman dan taqwa.. Bergantung kepada setiap pilihan kita. Bagaimana kita menghadapi setiap ujian yang diberi.. Bagaimana kita berusaha untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan yang terutama kejayaan di akhirat kelak.. Hidup kita perlu seimbang antara dunia dan akhirat.. Jika hanya mengejar dunia semata.. Bagaimana dengan akhirat kita kelak.. Sanggup ke nak menghadapi neraka Allah yang semua sedia maklum bagaimana siksanya.. Nauzubillah... Jadi, sebagai hambaNYA yang terpilih lahir dan membesar dalam agama Islam.. Kita haruslah bersyukur.. Kita hendaklah memperbaiki diri kita dan berdakwah kepada keluarga kita dahulu.. Agar bersama-sama mendekatkan diri kepada Allah.. Bersama-sama beribadah kepada Allah swt.. Yang Maha Mengetahui segalanya.. Yang mencipta segala kejadian di dunia dan akhirat kelak.. Kita hendaklah bersyukur dengan segala anugerah yang telah Allah beeikan kepada kita..
Selagi kita hidup, kita tidak akan boleh lari dari melakukan ibadah kepadaNYA. Waima kita sakit sekalipun, hendaklah berterusan beribadah kepada Allah swt.. Sentiasa melakukan amal kebaikan dan kebajikan.. Meninggalkan apa yang dilarang.. InsyaAllah syurga menanti..
Akhir sekali.. Hidup umpama kapal yang  belayar di tengah lautan. Terumbang-ambing di pukul ombak.. Jika muatannya adalah iman dan taqwa.. Nescaya selamatlah kita dari tersesat di lautan yang tidak bertepi ini..

Segala Puji Hanya Bagi Allah Tuhan Semesta Alam...

💕💕💕

Monday, September 1, 2014

Posted by zara On 6:14 AM

Assalam dan selamat sejahtera...

Tika ini.. Saat ini.. Rasa kelakar, terharu, dihargai, geram, marah, bengang.. Semua bercampur aduk menjadi satu..
Kini aku pasrah atas segala yang telah terjadi.. Redha atas segala ketentuan dari-Nya..
Moga nanti akan ada pengakhiran yang baik di atas ketentuan yang tersurat ini.. Moga nanti ada pengajaran yang boleh diambil di atas kejadian ini.. Akan ada hikmah yang tersirat di sebaliknya.. InsyaAllah, Aamiin..

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt..
Segala puji hanya bagi Allah.. Tuhan semesta alam..

Tuesday, September 3, 2013

Posted by zara On 11:33 PM
Hi.. Goodnite..
Today i feel like want to write in english.. Even my english is not very good.. But i'm feel really want to submit this entry in english. Huhuu
Sometimes i speak in englih with my kids.. And sometimes i speak in english with my hubby.. Just want to talk about things around or want to tell him about his sons behavior.. either in school or at home whenever my hubby go to work. Hehee
Speaking about english.. I remembered when i'm in form 3. That time i've got my english marks higher than bahasa melayu. Then, when my father come to school and meet my classroom teacher.. She told my dad that i'm good in english better than bahasa melayu. My dad says how come your bahasa melayu so bad.. For final exam, please give more effort to bahasa melayu and dont drop your english carrymark.. Bring it to final.. InsyaAllah abah.. Huuu so sweet that time.. Really missed my abah.. i'm very happy whenever my dad come to school every year and sees my exam results are very good. Alhamdulillah.. I really loved whenever my results is si good.. My dad's face is so cheer, happy and full of hope.. Hope his daughter will success in her life.. Yeah.. Very sweet moment... 😢😭😭
Really miss my abah.. For my beloved dad.. Alfatihah..

Ok guys.. I want to eat mee curry now. My stomach is really empty and i am very hungry.. Lets have a supper tonight.. Hahaa
Daaa see ya

Monday, July 9, 2012

Posted by zara On 7:50 PM
Assalamualaikum...

Lama sangat tak menulis dalam nie.. rasa rindu sesangat nak menulis semula.. Since 2010.. Now dah 2012... Kejap je masa berlalu.. Anak2 pun semua dah bersekolah.. Macam la ramai anak padahal baru 2 orang.. huhu.. 

Sepanjang tahun 2010 ke hari ini macm2 peristiwa yg berlaku.. ada yg sedih, ada yg gembira.. ada yang terluka dan ada yang sengsara.. perkara paling best ialah bulan March 2012 aritu.. adik lelaki aku yg bongsu kawen.. now tinggallah adik gegirl aku yg baru 8 tahun.. lama lagi perjalanan hidupnya.. ntah sempat ke tidak aku nak tengok adik bongsu aku tu kawen.. hehee

Selain dari adik aku kawen, perkara yang menggembirakan aku ialah dapat anak saudara baru.. sebelah suami ada 3 orang.. sebelah aku pulak ada 4 orang.. makin bertambah cucu mak aku.. suka sangat... best3!!! aku..? bukannya x nak tp lum ada rezeki lg.. memang nak nambah.. tunggu je lah.. huhu

Diam x diam dah pukul 10;27am.. baju hubby x iron lagi nie.. pastu nak p amek anak balik sekolah pulak.. hmm.. ok la.. stop dulu.. nanti2 kite sambung citer lagi.. banyak yg aku nak citer tp masa x cukup skarang.. nnt la bila aku free.. huhu

Sambil2 tu jom layan lagu nie... tiap kali dengar kat radio gelak sorang2.. hahaha.. :p enjoyyy!!!





Wednesday, July 14, 2010

Posted by zara On 11:52 PM


Abah,
Setiap kali memandang wajahmu,
Hati ini begitu bersyukur,
Hati ini begitu bahagia,
Kedapatan seorang ayah sepertimu..

Abah,
Kehidupanku serasa bermakna,
Dengan titik peluhmu,
Aku dan adik-adik mengenali dunia,
Dengan kasih-sayangmu,
Aku dan adik-adik mengenali bahagia,
Dengan ilmumu,
Aku dan adik-adik mengenali Allah Yang Maha Esa..


Abah,
Aku tahu susah payahmu,
Aku tahu deritamu,
Aku tahu budimu,
Semuanya kau persembahkan,
Tanpa sedikit pun rungutan,
Tanpa sedikit pun kemalasan,
Demi membela diri kami sekeluarga..

Abah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan,
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit,
Sanggup berkorban segalanya,
Hanya kerana keluarga tercinta..

Abah...
Moga rohmu dicucuri rahmat,
Ditempatkan bersama orang2 yang beriman..
Al-fatihah....
Posted by zara On 11:51 PM
Hari ini wap berkepul2an keluar daripada nafasku. Udara dingin metah. Suasana pagi tadi seperti berada di Eropah. Hal itu membuatkan jiwaku terkurung di dalam emosi yang beku.Di cengkam meori silam dan hatiku kembali terpenjara di pulau sepi.

Wahai pulau sepi.. aku kembali lagi....

Di pulau ini, aku mencari buah2an kenangan. daripada celah pohonan, ku petik dan ku usap. Ku telan ia mengisi jasadku daripada mati kekeringan. Sebetulnya, buah2an itu tidak sukar untuk ku cari. Hanya perlu mengingatkan kembali bagaimana ia bermula dan di mana ia bertunas. Pasti buah2 itu akan muncul di antara kedua mataku.

Setiap hari aku akan berdiri di pesisir pulau. Memerhati jika ada sampan yang singgah. Menunggu kapal2 yang sudi untuk mengambilku pergi daripada pulau sepi ini. Dalam penantian itu, aku bermain sendirian. Membina istana pasir, melorek sesuatu di atas permukaan pantai sambil menguis2 kulit cangkerang.

Sekali-sekala aku turun ke gigi air, untuk bersuci dan berwuduk. Kekadang aku berenang di permukaan air, memandang karang di dasar. Melihat anak2 ikan yang bebas berkejaran. Sehingga menyangka diriku adalah ikan yang bebas.

Setiap kali malam muncul, bayang2 yang menemaniku hilang. Aku bimbang, takut dan merasa sunyi. Tetapi aku terinagt janjiku bersama dia. Lalu bintang2 di langit bersinar terang. Memberi cahaya untukku. Aku tidak tahu apakah nama2 bintang itu. Sama ada di penjuru timur dan barat, di penjuru selatan dan utara. Mereka bertaburan di dada langit, sehingga sukar untuk aku susun dalam ingatan..

Entah sudah berapa hari aku meninggalkan pulau kecewa. Entah sdah berpa hari aku tersadai di pulau sepi.. Kisah semalam masih segar, sehingga buah2 kenangan tersembul di kiri dan kananku. Mendesak aku memetiknya dan mengungkap sesuatu. Aku mencapai puntung kayu halus, bergegas ke pinggir pantai.

Ku turut rentak melodi ombak menghempas pantai. Dipasir lembah itu, ku tulis sesuatu. Ku bacakan kalimah demi kalimah..

Kudus hembus sukma menyapa jiwa,
Berjurai kuntuman kejora menembus nostalgia,
Halus warna semalam berubah jingga,
Mulus mengusap2 mencumbui sejuta figura,
Kabus terang, suram berbalam2,
Sejurus ku tangkap sesusuk wajah duka..

Ku hayati sebujur wajah muda,
Asyik ku lekuk redup mata bundar,
Ku lorek kening lentik mata pedang,
Ku usap-tiup gebu pipi semulus sukma..

Lalu
Sayu ku seru sepotong nama,
Menanti tawa dan canda bicara,
Lesu ku baca mantera cinta,
menanti turunnya kasih membuah setia,
Kaku hatiku diam beku di situ,
Ku sedar diri ini tidak ku miliki sesiapa,
Hanya mampu mengukir sebuah arca di jiwa..

Aku melempar kayu ditangan dan menatap tulisan itu.. Kenapa??

Kenapa dia terlalu kukuh di nubari. Sehingga mengikat setiap sisi di hatiku begitu ketat. Melarang aku melepaskan setiap kenangan. meminta aku rakam saat pertemuan dan perpisahan, serta kisah2 di antara keduanya. Dia mahu aku setia, seperti kesetiaanya padaku. Walaupun setelah dia pergi. Barangkali angin yang memukul bidukku adalah utusannya. Cintanya meniup layar kecilku sehingga terdampar di pulau sepi ini. Diakah yang sengaja membuat aku terasing ke sini? Apakah mantera yang telah dibacakan sehinga dia memiliki kuasa sebegitu? Mustahil orang yang telah pergi melakukan semua itu!

Aku hairan, kenapa kapal2 lain tidak singgah ke pulau ini? Adakah merke tidak melihatnya? Atau sebetulnya pulau sepi ini tidak wujud. Atau pulau ini hanya bayangan ilusi yang dihantar untukku sahaja. Barangkali ada dinding lut sinar yang menghalang penglihatan mereka, yang aku sendiri tidak mampu melihatnya? Tidak mampu merobeknya..

Aku kembali ke tempat tadi. Berbaring sambil melihat bintang di dada langit. Hati mula bercitra dengan monolog sukma sendirian.

* Mencintai dan mengenali tidak sama. Cinta tidak memerlukan sebab. Hanya kerana suka dan kasih, lalu terus mencintai..

* Untuk kenal memerlukan banyak sebab. Banyak soalan dan andaian.

Di pulau sepi...
Rutinku masih sama. Setiap kali siang datang, aku menanti di gigi air. setiap kali malam menjelma, aku terbaring di bawah langit. Siang dan malam berganti, aku terus menanti.

Dia istimewa disisiku bukan kerana sekeping wajah miliknya. Aku tidak sekacak Yusof dan dia bukan secantik Zulaikha. Bukan kerana dia seorang puteri, tiada kaitan dengannya, tetapi adalah disebabkan diriku. Aku yang menganggapnya istimewa, aku yang menyukainya..

Tetapi... sampai bila harus aku menanti...
Posted by zara On 11:50 PM
Ketika dunia masih berkabus, dia pergi meninggalkan aku. Gerimis turun kesedihan.Lalu aku beredar meninggalkan pulau kecewa. Menaiki biduk kecil tidak bertuan. Membelah ombak yang menggulung hiba. Mencerai percikan air dengan tubir pendayung duka. Tanpa disangka, kemudi ku patah dan aku tersadai. Terkandas di pulau tidak bernama. Lalu aku namakan ia Pulau Sepi..

Aku terdampar di pulau ini. Sunyi dan terus menanti mengharap muncul seseorang yang membawaku pergi. Lama aku disitu, bermain sendiri. Yang menyanyi untukku adalah alunan angin dicelah pepohon. Yang menyapa tubuhku adalah bayang2 tidak bersisi. Tiada suara, tiada bahasa yang dapat ku fahami. Hanya ada desir dan gemersik. Aku jadi bisu..

Seawal berada di pulau itu, aku fikir sendiri akan buta. Pendengarankuakan hilang perlahan2.Akal warasku akan tumpul kewajaran. Sehingga jasadku akan mengering dan aku mati kelaparan. Saat itu aku merasakan kaki dan tangan kaku, saraf2 di tubuhku hilang rasa, arteri2 yang meluru ke jantungku terputus..

Lalu aku membuka kembali simpulan janji. Aku satukan hati. Aku tahu aku perlu terus hidup. terus menjaga diri sendiri agar tidak mensia2kan setiap peluang kehidupan yang ada. Aku cuba mengingatkan diri tentang masa depan, tentang harapan. Aku perlu berteguh walau apa jua keadaan. Aku cuba mengingatkan diri di sisi insan ada Tuhan.Ada kuasa yang sentiasa mendengar dan melihat. yang menghidupakn dan mematikan. Yang merosakkan dan menyuburkan.Yang mengawal segalanya. perlahan aku menemukan kekuatan.

Darah kembali mengepam jantungku. Saraf2ku mencucuk kesakitan dan aku mengaduh. Deria ku kembali mencicip rasa. Memaksa aku bangkit dan mencari sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Tubuh letai itu ku gagahi untuk bangun. Aku harus berbicara. Tidak boleh membiarkan sendiri jadi bisu.

Biduk patah kemudi tersesat di lautan,
Teringat tuan puteri yang muncul dalam ingatan,
Tugu kasih tinggal kenangan,
Namun hidup ku tetap diteruskan...

Entah mengapa, pemergiannya buat aku kesal. Baru aku tahu dia sangat istimewa. Walaupun dia cuma singgah seketika di nubari, namun figurnya telah bermukim di lubuk hati. dia seolah kekal di situ walaupun takdir menyatakan dia tiada lagi..
Posted by zara On 11:50 PM
Ia datang tanpa diduga
Jiwaku hanyut diterjah rasa
bagai deruman air terjun di dada
Dingin menyelimuti panas membara

Bila ia memagar jiwa
Segalanya indah belaka
Langkahmu persis gerak tari gemalai
Sahutmu gemersik angin membelai
Bicaramu lunak membuai

Lenamu ku tatap
Jagamu ku nanti
Rajukmu ku ratap

Kasih..
Aku bingung...
Namun aku gelisah tanpamu
Cintakah itu!!
Posted by zara On 11:49 PM

















Tolong ingatkan saya
andai saya terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan saya
supaya ingat pesan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan




Tolong ingatkan saya
dengarlah dan bacalah al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika televisyen penuh hindustan

Tolong ingatkan saya
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya
kalau bercinta biarlah kerana-Nya
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga disana menjadi bekalan

Tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepada-Nya jiwa diserahkan
segalanya Dia lah tumpuan..

Terima kasih kerana mengingatkan diri ini... :)

Saturday, March 7, 2009

Posted by zara On 12:26 AM


Assalam....

Tarikh : 25 Februari 2009..
Hari : Rabu
Masa : 1.40am
Waktu abah dijemput Illahi...

Perkara paling sedih yang aku hadapi.. Kehilangan abah tercinta.. Serasa macam x percaya pun ada.. Tapi aku harus redha atas pemergian abah.. Kerana dunia ini hanyalah pinjaman.. Akhirat jualah yang kekal abadi...
Aku dapat berita tentang kehilangan abah melalui makcik ku.. Kerana kakak ku yang sulong sudah tidak berdaya lagi untuk memberitahu kepada adik²nya yang lain.. Last aku balik kampung jumpa abah adalah 2 minggu yang lepas rasanya.. Itulah kali terakhir aku mendengar suara abah.. 😢
Setelah diberitahu tentang pemergian abah.. Aku terus mengajak suami ku pulang ke kampung.. Malam itu kami bertolak terus ke kampung. Hatiku tidak sabar² mahu cepat sampai ke kampung. Terasa mahu saja aku menyuruh suami duduk di sebelah penumpang dan aku memandu..
Perjalanan terasa amat perlahan dan lambat.. Ya Allah.. Kau ampunilah segala dosa-dosa ayahanda ku ya Allah...
Dalam perjalanan aku bercakap dengan suami ku.. "Tak apa lah abah pergi.. Sekurang²nya abah tak perlu lagi tanggung sakit.."
Untuk makluman, abah aku menghidap penyakit barah usus.. Telah di operate di Hospital KPJ Johor.. Tetapi selepas operation tersebut, sakit abah ku masih tidak reda. Pembedahan itu hanya mengurangkan sedikit rasa sakit yang abah tanggung.. Semua anak²nya berada bersama sewaktu pembedahan tersebut dijalankan...
Berbalik pada perjalanan ku pulang ke kampung. Sampai di satu persimpangan empat, lampu isyarat di laluanku adalah merah. Tapi aku bertegas dengan suamiku supaya melanggarnya saja. Tak lama kemudian terdengar siren dari kereta polis yang ku fikir mungkin mereka bersembunyi di situ. Mereka menahan kami.. Suami ku memberitahu bahawa kami ingin bergegas pulang ke kampung kerana ayah ku meninggal. Atas budi bicara polis tersebut melepaskan kami dan memberi peringatan supaya mematuhi lampu isyarat.. Ye la pak polisi.. Kali ini kami betul² dalam kecemasan...
Sampai saja di rumah, semua adik-beradik ku telah sampai kecuali abangku yang berada di melaka. Semua berkumpul di sekeliling abah dan membacakan yassin.. Kakak kedua ku terus menyuruh aku mandi dan membacakan yassin untuk abah. Ketika itu aku seperti anak kecil yang bingung tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Hanya menurut saja perintah dari kakak ku...
Setelah bersiap, aku terus duduk disisi abah dan memulakan bacaan yassin untuk abah. Kami baca bersama² dan berulang².. Tiada siapa pun yang bangun meninggalkan abah. Semua anak² abah berada di keliling abah dan mengirimkan bacaan yassin untuk abah... 😭
Setelah hari siang, orang ramai mulai berkunjung ke rumah untuk melawat abah dan membacakan yassin.. Segala persiapan untuk memandikan dan mengkafankan abah dilakukan bergotong-royong..
Apabila tiba saat untuk memandikan abah, abang, adikku dan adik abah segera memikul tanggungjawab itu. Aku segera bangun dan mengajak emak untuk turut serta memandikan abah. Tapi mak tak punya tenaga dan kekuatan.. Akhirnya aku dan mak hanya berdiri dan melihat proses memandikan abah hingga selesai. Aku bawa mak supaya mak melihat abah dimandikan supaya mak lebih kuat menghadapi hari² mendatang.. Supaya mak dapat menerima takdir yang telah Allah tetapkan itu dengan penuh redha..
Selesai memandikan abah, proses mengkafankan segera di lakukan. Kami semua memberi kucupan terakhir pada abah.. Kucupan terakhir yang tidak akan kami rasai lagi selepas ini..
Kemudian, kami semua sama² melakukan solat jenazah untuk abah.. Berakhir sudah kehadiran abah dirumah itu.. Abah perlu melalui perjalanan terakhir meninggalkan kami semua di bumi ini untuk di kebumikan...
Aku bertegas mahu mengikut ke tanah perkuburan dan melihat abah dikebumikan. Walau di tegah oleh beberapa orang kampung. Namun aku berkeras mahu pergi juga. Dan akhirnya kami sampai jua di tanah perkuburan itu.
Aku, kakak kedua ku dan adik perempuan ku sama² melihat proses pengkebumian abah. Kami sama² membacakan doa untuk abah.. Maka berakhirlah sudah perjalanan hidup abah di dunia yang sementara ini.. Giliran kami entah bila.. Moga satu hari nanti kami dapat bertemu dengan abah di akhirat sana.. Aamiin....
Abah.. Damailah kau disana...
Ya Allah.. Ampunilah segala dosa² abah.. Tempatkan abah dikalangan orang² yg beriman.. Aamiin³ ya rabbal alamin...
Untuk abah... Alfatihah...