Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Tuesday, September 16, 2014

Posted by zara On 7:18 AM

Ramai dari kita yang menganggap bahawa takdir setiap manusia, sudah ditentukan sepenuhnya dan tidak dapat diubah langsung. Adakah takdir kita ditentukan sebegini? Kalau Ya! Apakah kegunaannya kita diberikan akan fikiran? Apakah gunanya kita diberikan minda “External Minda” dan minda dalaman “Internal Mind” ?.
Takdir bukanlah ditentukan seperti dipercayai ramai :
Ali akan lahir -  Zaman kanak-kanaknya agak susah -  Dia akan belajar sampai tingkatan tiga –  Pada usia 18 tahun dia akan mula bekerja – Dia akan bekerja sebagai tukang besi – Dia akan berkahwin dengan Ani  pada umur 27 tahun– Dia akan melahirkan 7 orang anak – Dia akan diserang 3 jenis penyakit – Dia akan mengalami kemalangan pada umur 45 – Dia akan mengalami kemiskinan – Dia akan diserang penyakit jantung – Dia akan mati pada umur 60 tahun kerana sakit jantung.
Kehidupan kita ini bukanlah sesuatu ketentuan seperti yang diceritakan di atas. Sebaliknya, Kita akan diberi pilihan dan peluang pada setiap masa. Kita dibenarkan untuk memilih apa yang kita perlukan di dalam kehidupan kita. Lebih dari 60% kehidupan kita dapat diubah seperti yang kita inginkan.
Contohnya :
Ali akan lahir – zaman kanak-kanaknya akan mengikut karma ibu bapanya – Zaman persekolahan dia diberi peluang untuk belajar - (Ada pilihan) sama ada dia belajar dengan cemerlang atau tidak – Kalau dia belajar dengan cemerlang- Kia akan teruskan pelajaran sehingga menara gading- dia dapat pekerjaan yang baik atau – memulakan perniagaan -(Ada pilihan)kewangannya stabil – kewangannya meningkat – dapat nama baik dalam masyarakat- dapat peluang masuk politik – (Ada pilihan)- dapat ramai kenalan- dia akan diserang penyakit jika sistem makanannya tidak dijaga (Ada pilihan)- dia akan diberi ramai wanita untuk dipilih menjadi isteri (Ada pilihan)- kehidupan dan anak-anaknya akan berubah bergantung dengan isteri yang dia  pilih- anak-anaknya akan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan – (Ada pilihan)- kalau kesihatannya dijaga dia akan meninggal dunia pada usia 75 tahun di rumahnya (Ada pilihan)- kalau kesihatannya tidak dijaga dia akan meninggal dunia di hospital pada usia 60 tahun.
Ini hanyalah sebuah  contoh yang singkat . Kita sentiasa akan diberi peluang dan pilihan. Gunakanlah peluang yang diberikan  dan buatlah pilihan yang bijak supaya kehidupan kita lebih senang dan tenang

Petikan dari: RahsiaAlam. com
Posted by zara On 7:04 AM

Apabila kita cakap sahaja Meditasi , Ia mesti dikaitkan dengan Agama Hindu atau Buddha. Adakah meditasi hanya milik pengganut agama tersebut ?. Tidak ! Itu milik sekalian manusia yang lahir dan yang akan lahir kedunia ini. Meditasi ialah sebuah kaedah mudah yang digunakan untuk menaikkan energi dalaman kita. Meditasi ada dalam agama Islam dan telah digunakan oleh ramai Nabi dan Wali-wali yang terkenal.

Kalau saya terangkan lagi tentang Meditasi saya akan dilabelkan sebagai Sesat , Jadi saya berhenti disini ! . Kalau Anda rasa saya sesat atau melanggar ajaran Islam Tolong Jangan baca lagi.

Peraturan buat meditasi :
  1. Jangan buat meditasi jika badan kita terlalu penat atau letih.
  2. Jangan makan terlalu kenyang sebelum meditasi.
  3. Makan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum meditasi.
  4. Jangan meditasi pada tengah hari dan tengah malam.
  5. Pastikan minum air yang secukupnya.
  6. Pastikan badan dan pakaian bersih.
  7. Jangan meditasi ditempat yang kotor.
  8. Jangan meditasi dirumah orang atau tempat orang lain .
  9. Jangan meditasi dibilik tidur , tempat rehat , tempat makan .
  10. Pastikan tempat yang anda meditasi bersih , senyap dan tiada gangguan
  11. Sebaik-baiknya Beruduk sebelum bermeditasi
  12. Sebelum meditasi sembayang hajat atau baca beberapa surah Al Quraan yang singkat .
  13. Sebelum mula meditasi minta kebenaran , perlindungan dan bantuan dari Allah SWT.
  14. Gunakan tikar , kain yang tebal atau yoga mate untuk duduk semasa meditasi.
  15. Jangan duduk dilantai tanpa alas ( Magnetik bumi akan serap energy anda ).
  16. Pastikan tulang belakang anda tegak semasa meditasi.
  17. Pernafasaan yang tenang dan teratur , tidak terlalu laju atau perlahan.
  18. Jangan berfikir semasa meditasi , sama ada yang baik atau buruk
  19. Pada permulaan jangan buat terlalu lama 5 minit sudah memandai.
  20. Selepas meditasi duduk diam untuk beberapa minit.
  21. Mengucap terima kasih kepada Allah SWT selepas meditasi.
Kita akan meditasikan Allah .
Kita akan membawa Allah kedalam diri kita dengan meditasi.  




  1. Lihat gambar diatas , Perhatikan gambar diatas buat beberapa minit.
  2. Serapkan tulisan Allah dan cahaya putih yang digambarkan dibelakangnya
  3. Bayangkan tulisan Allah dan cahaya putih disekelilingnya berada di dada anda.
  4. Bayangkan cahaya putih itu keluar dari  dada anda.
  5. Latihkan langkah di atas buat beberapa kali , sehingga anda dapat bayangkan gambar itu dengan jelas.
Setelah Anda dapat mengimbas gambar diatas dengan jelas . ( Anda juga boleh gunakan Perkataan Allah yang lain ), Sekarang mulakan meditasi.
Kaedah Meditasi :
  1. Duduk atas lantai dengan alaskan tikar atau kain. Jangan duduk tanpa alas.
  2. Duduk kaki bersilang
  3. Pejam mata atau buka mata
  4. Pastikan tulang belakang tegak ( Jangan Paksa )
  5. Letakkan kedua belah tangan diatas peha
  6. Cantukan ibu jari dengan jari telunjuk dengan perlahan ( Jangan tekan )
  7. Tarik Nafas dengan perlahan , Lepaskannya dengan Perlahan
  8. Semasa tarik nafas bacakan  Setelah tarik nafas tahan dan semasa melepaskan nafas bacakan 
    ( Subahanallahi Walhamdulillahi , Wala ilaha illalahu , Wallahu Akhbar , Wala Haula , wala kuvvata illabillah , Aliyul Alim )
  9. Jangan baca ayat itu dengan mulut hanya dengan hati dan baca sambil tarik , tahan atau lepaskan pernafasan.
  10. Baca dan bernafas sekali arung.
  11. Setelah pernafasan telah stabil , sekarang bayangkan  sebuah cahaya putih yang kecil dan terang seperti bulan purnama di dada anda.
  12. Sekarang bayangkan cahaya itu keluar dari dada anda.
  13. Bayangkan Perkataan Allah keluar dari cahaya putih itu.- Kemudian
  14. Bayangkan cahaya putih itu , membesar …..membesar … sebesar badan Anda ….
  15. Bayangkan cahaya putih itu serap dan merebak keseluruh badan anda
  16. Bayangkan cahaya putih itu membesar lagi , sebesar bilik Anda …sebesar rumah Anda …. sebesar taman anda … sebesar negeri anda…..sebesar negara anda… sebesar  dunia ini…..sebesar galaxi …. bayangkan anda melihat semua planet dan akhirnya bayangkan seluruh galaxi ini telah menjadi cahaya putih yang terang benderang.
  17.  Semasa latihan Memperhatikan pernafasan anda
  18. Buat latihan ini sekurang-kurangnya 10-20 minit .
( Latihan ini juga boleh dibuat dihadapan komputer sambil membaca dan mengikuti langkahnya sehingga anda dapat mengingati cara dan langkahnya. Cara yang terbaik ialah buat seperti yang diterangkan diatas. )

Petikan dari: Meditasi Khas untuk Umat Islam | RahsiaAlam. com

Friday, September 12, 2014

Posted by Unknown On 11:25 PM
Sabda Rasulullah saw,

Maksud Hadis: "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.

1) Apabila telah masuk solat, maka bersegeralah menunaikannya.

Dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Mas'ud r.a, seorang sahabat telah bertanya Nabi saw :-

Maksudnya : "Amalan manakah yang paling utama? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" ( HR Bukhari)

2) Nabi saw menyuruh kita agar segera mengkebumikan jenazah iaitu apabila jenazah itu telah selesai dimandi, dikafan dan di sembahyangkan. Sabda Rasulullah saw,

Maksudnya : "Hendaklah kamu segera mengkebumikan jenazah(mayat), jika jenazah itu baik kamu mendekatkan dia kepada kebajikan, dan jika jenazah itu tidak baik bererti kamu melepaskan kejahatan daripada tengkok kamu". (Muttafaqun Alaihi)

3) Nabi saw menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis supaya menyegerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya. Ia bertujuan untuk mememilhara dirinya dari maksiat dan fitnah.

Kalau hendak diikat dengan tali pertunangan, janganlah memakan masa yang lama sehingga dua, tiga atau empat tahun kerana bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak elok seperti maksiat dan sebagainya. Paling baik ikatan pertunangan hanya memakan masa enam bulan atau setahun.

Ibu bapa perlu ingat, bertunang bukan lesen untuk membenarkan anak-anak gadis keluar dengan lelaki tunangannya. Pasangan yang sudah bertunang dan ingin mendirikan rumahtangga hendaklah memelihara tingkah laku mereka kerana aman damainya rumahtangga bergantung kepada apa yang telah mereka lakukan sebelum berkahwin.



Posted by Unknown On 11:12 PM
Tahukah anda waktu selepas isya' adalah waktu yang tenang untuk melakukan meditasi / tafakur???
meditasi / tafakur yang dimaksudkan adalah melakukan teknik pernafasan yang betul dan diiringi dengan terapi zikir di dalam hati.
proses ini boleh dilakukan selama 10 minit, 15 minit, 30 minit, sejam...mengikut keupayaan anda.
Caranya adalah menarik nafas menggunakan hidung sambil dalam hati mengucapkan ALLAH...tahan nafas selama yang boleh...dan kemudian menghela nafas menggunakan mulut sambil menyebut "HU" (ALLAHU)
lakukan dengan keadaan yang tenang. sekiranya ada muzik yang mendamaikan atau bunyi kicauan burung, air sungai yang tenang boleh dialunkan bersama dengan proses meditasi ini...
cubalah dan anda pasti mendapat kedamaian yang tidak dapat dijual beli....


Posted by zara On 5:17 PM
Disaat kita hidup aman cukup makan tidur selesa, pernahkah kita berfikir tentang dosa kita? Dosa besar dan kecil. Kita meminta diampunkan dosa kepada Allah, namun terdapat dosa yang tidak akan diampun oleh Allah. Mari baca 6 dosa yang tidak diampun ini.

DOSA YANG TIDAK DIAMPUNKAN ALLAH WALAUPUN BERTAUBAT

1. Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).

2. Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3. Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4. Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5. Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6. Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah)

Thursday, September 4, 2014

Posted by zara On 5:53 PM
1- Baca pada makanan dan minuman, beri pada anak. Niatkan supaya anak jadi baik..

  •        Al-Fatihah 1 kali 
 
  •        Ayat Kursi 1 kali
  •        Ayat 82 Surah Al-Isra' 1 kali  



2- Apabila anak tidur, baca Surah  Al-Insyirah diulang 3 kali di dahi anak. Hembus/tiup ke seluruh badan.


3- Apabila anak menghadapi peperiksaan, baca di ubun-ubun anak, menghadap ke kiblat sebanyak 3 kali :
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ (diulang 3 kali)

Wednesday, July 14, 2010

Posted by zara On 11:49 PM

















Tolong ingatkan saya
andai saya terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan saya
supaya ingat pesan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan




Tolong ingatkan saya
dengarlah dan bacalah al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika televisyen penuh hindustan

Tolong ingatkan saya
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya
kalau bercinta biarlah kerana-Nya
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga disana menjadi bekalan

Tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepada-Nya jiwa diserahkan
segalanya Dia lah tumpuan..

Terima kasih kerana mengingatkan diri ini... :)
Posted by zara On 11:33 PM
Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa
"penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah
Allah untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang
mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia
kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan
angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si
anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"....)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... .
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah
dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau
dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni
lebih
berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana
"dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah
berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan
doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri
sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa
ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan
diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji
mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh.
Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal
menemani kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir
radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat
duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang
Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran
Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta
yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat
dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj
Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadis riwayat Imam Muslim)


Tuesday, April 6, 2010

Posted by zara On 3:24 AM
Listen to Quran

Friday, January 4, 2008

Posted by zara On 6:09 PM
 
    Gambar sekadar hiasan
 


Assalam... 

kat sini nak share ilmu sket.. Jika ada di kalangan anak2 kita yang liar terutama remaja.. amalkan ayat dibawah ini untuk melembutkan hati mereka.. jika boleh, amalkan dari mereka kecil supaya mudah dibentuk apabila meningkat dewasa kelak.. insyaAllah....

  1. Istighfar - 1 kali
  2. Mengucap 2 kalimah syahadah- 1 kali
  3. Al-fatihah - 1 kali
  4. Tasbih Nabi Yunus - 1 kali
  5. Surah Al-Ikhlas - 1 kali
  6. Tasbih Nabi Yunus - 1 kali
  7. Surah Al-Falaq - 1 kali
  8. Tasbih Nabi Yunus - 1 kali
  9. Surah An-Nas - 1 kali
  10. Tasbih Nabi Yunus - 1 kali
  11. Ayat Kursi (pada ayat WALA YAU'UDUHU HIFZUHUMA - ulang 7X)
  12. Tasbih Nabi Yunus - 1 kali
  13. Surah Yassin Ayat 1-9 (ulang 7X)
  14. Tasbih Nabi Yunus - 1 kali
  15. Bismillah 7 - 1 kali

Amalkan selalu.. insyaAllah.. yakinlah dengan ayat2 Allah...