Showing posts with label permata hati. Show all posts
Showing posts with label permata hati. Show all posts

Tuesday, January 20, 2015

Posted by zara On 1:34 AM

Assalam dan salam sejahtera..

Pejam celik.. Pejam celik.. Kejap je 2014 telah meninggalkan kita.. X sedar masa berlalu begitu pantas.. Anak2 dah makin besar.. Kita pulak semakin tua.. Macam mana pulak ngan amalan kita.. Makin bertambah kah.. Kalau masih di takuk lama.. Moh le kita berazam utk jadi ahli syurga.. Walau kita tahu kita ni x layak masuk syurga Allah.. Tp kita kena lah berusaha.. Ye tak.. Bukan hanya berserah saja.. Moga Allah ampunkan segala dosa2 kita.. Aamiin...

Well.. Anak2 ku juga dah makin besar.. Hari pertama sekolah pun macam biasa je.. Ye la.. Yg si kecik da masuk darjah 2.. So kita hantar n tinggal je dia.. Dah tau semuanya.. Huhuu

Hari pertama sekolah tu ramai gak kaum bapa yg tunggu anak2.. Very impressive.. Selalu² tu kaum ibu je ramai.. Tp 2015 ni lain plak.. N ku fikir berterusan la kan sampai akhir tahun.. Tp sayang.. Just for the 1st day only.. Hari berikutnya kaum ibu la jugak yg memenuhkan kawasan sekolah tu tunggu anak2... Hehehehee

Ok la.. Malas la nak celoteh lagi. Enjoy je la pic di bawah yek.. Huhuu

Sunday, September 14, 2014

Posted by zara On 8:28 PM
Yeah.. Cuti sekolah tiba lagi.. Namun bagiku cuti kali ini serupa macam x cuti jer.. Apa tidaknya.. Cuti sekolah kali ini aku tak dapat pulang ke kampung.. X best arr.. Huhuu 
Lagi pula en suami sekarang kerja waktu pejabat.. Lagi la rasa busan kat rumah.. X de apa yang nak dibuat.. Melayan anak2 main game, menonton rancangan di astro yang berulang² sampai bertambah lg busan.. Nasib baik ada sepupu mereka balik sini. Ada la kawan.. Aku pulak.. Ngadap fb, baca berita.. Tu je la.. Boring lagi duk bilik tdo zzzZzzzZz.. Apa lagi yang nak dibuat.. Hmmm
Macam mana la agaknya seminggu nak dihabiskan dengan aktiviti macam ni jer.. Betul² boleh buat orang stress.. Kalau en suami kerja macam dulu² jadi cikgu kan seronok.. Leh cuti sesama anak².. Ini.. Huhuu
Setakat ni dah dua kali main jutaria.. Nak abiskan cuti seminggu agak² berapa kali kitaorang akan main.. Hahahaa
Apapun.. Layankan aje anak² main sesama.. Bila main bersama ngan anak² akan wujud satu perhubungan yang kuat.. Yang akan merangsangkan minda dan perkembangan anak².. Bukan anak orang lain pun.. Anak kita jugak kan.. Nak tengok anak kita berjaya kena la berkorban.. Bukannya lahir terus berjaya.. Kan.. Kan.. Huhuu
Layannnsszzzz.....

Thursday, January 2, 2014

Posted by zara On 10:00 AM
Tarikh daftar ke sekolah 30 Disember 2014 tidak dapat di hadiri anakku Muhammad Irfan kerana di jangkiti chickenpox.. Terpaksa dicutikan.. Sian anak ummi.. Abangnya pun sama juga kena chickenpox. Dia orang pertama yang dijangkiti dari sepupunya.. Kemudian aku pulak yang dijangkiti.. Akhir sekali, barulah Irfan yang kena.. Ayahnya tidak dijangkiti kerana telah dijangkiti semasa kecilnya.. Orang kata, chickenpox ni kebiasaannya dijangkiti oleh seseorang sekali seumur hidup.. Tapi ada juga yang aku jumpa kena 2 kali.. Wallahu'alam... Hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Tarikh  2 Januari 2014 barulah Irfan boleh pergi sekolah.. Tapi itu pun masih ada sisa chickenpox yang kecil2 dibadannya. 
Gambar dibawah dirakam semasa hari pertamanya di sekolah.. waktu rehat. Nak tengok samada dia boleh membeli makanan di kantin atau tidak. Rupanya macam dah expert je.. Siap nak pergi kedai buku lagi beli macam-macam.. Mungkin kerana dia dah ada 2 tahun pengalaman di sekolah ini kerana dia pra-sekolah di sini dulu.. No matter la kan.. huhu
Apa-apa pun, moga semuanya ok saja di sekolah..
Moga anak ummi membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat.. Doa ummi sentiasa mengiringi langkahmu sayang.. Moga dipermudahkan segala urusan mu di dunia dan di akhirat kelak.. Aamiin... 



Thursday, December 29, 2011

Posted by zara On 7:00 AM
Hari pertama Amir Zakwan ke sekolah. Dah darjah 1 da dia.. Kejap je masa berlalu.. Adiknya pula masuk Pra-Sekolah.. Senang hantar 1 tempat.. Tak jadi hantar dia masuk Pasti macam abangnya juga.. Huu
Moga anak ummi membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat.. Doa ummi sentiasa mengiringi langkahmu sayang.. Moga dipermudahkan segala urusan mu di dunia dan di akhirat kelak.. Aamiin...



Sunday, June 26, 2011

Posted by zara On 11:26 PM
Sedikit gambar kenangan anakku Amir Zakwan Razali di Pasti As-Salam, Assam Jawa, Kuala Selangor.. Ummi bangga dengan abang.. Tahniah anak ummi sayang... Tahun depan dah darjah 1.. Cam x caya je.. Kejap je masa berlalu.. Lepas ni adik pulak sekolah..





















Friday, January 4, 2008

Posted by zara On 6:09 PM
 
    Gambar sekadar hiasan
 


Assalam... 

kat sini nak share ilmu sket.. Jika ada di kalangan anak2 kita yang liar terutama remaja.. amalkan ayat dibawah ini untuk melembutkan hati mereka.. jika boleh, amalkan dari mereka kecil supaya mudah dibentuk apabila meningkat dewasa kelak.. insyaAllah....

  1. Istighfar - 1 kali
  2. Mengucap 2 kalimah syahadah- 1 kali
  3. Al-fatihah - 1 kali
  4. Tasbih Nabi Yunus - 1 kali
  5. Surah Al-Ikhlas - 1 kali
  6. Tasbih Nabi Yunus - 1 kali
  7. Surah Al-Falaq - 1 kali
  8. Tasbih Nabi Yunus - 1 kali
  9. Surah An-Nas - 1 kali
  10. Tasbih Nabi Yunus - 1 kali
  11. Ayat Kursi (pada ayat WALA YAU'UDUHU HIFZUHUMA - ulang 7X)
  12. Tasbih Nabi Yunus - 1 kali
  13. Surah Yassin Ayat 1-9 (ulang 7X)
  14. Tasbih Nabi Yunus - 1 kali
  15. Bismillah 7 - 1 kali

Amalkan selalu.. insyaAllah.. yakinlah dengan ayat2 Allah...