Showing posts with label kehilangan. Show all posts
Showing posts with label kehilangan. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

Posted by zara On 6:42 PM
Hati ini sakit.. 
Hati ini rasa disakiti.. 
Dilukai.. Dikhianati.. 
Namun apakan daya
Aku hanyalah seorang insan lemah
yang tak punya apa2.. 
Hanya dipandang sebelah mata.. 
Itupun bersyukur sesangat 
jika dipandang sebelah mata.. 
Hakikatnya, tiada yg sudi memandang..
Tiada yg sudi melihat.. 
Hanya melirik dengan ekor mata.. 
Bagai harimau yang akan menerkam mangsanya
pada bila2 masa sahaja..
 Umpama nyawa dihujung tanduk..
Hakikat yang sukar ku terima.. 
Namun apakan daya ku sudah suratan.. Tertulis begitu.. 
Aku tiada daya untuk melawan.. 
Aku tiada kuasa untuk menahan.. 
Aku pasrah dan redha.. 
Pasrah diketepikan.. 
Umpama bola yang zahirnya bulat.. 
Di buang jika tidak suka.. 
Di cari tetapi ditendang ke sana ke sini.. 
Itu lah aku..
Aku hanya mahukan perhatian.. 
Sedikit ruang di hati yang amat dalam..
Sedikit cuma..
 Kerana aku sedar aku hanya manusia biasa.. 
Yang tidak punya keistimewaan 
yang dapat kau bangga2kan.. 
Yang tidak punya rupa untuk kau rindukan.. 
Kerana aku hanyalah aku..
Memendam segala perasaan
Menutup segala luka yang lalu
Menyembunyikan segala luka berdarah
Yang tidak sempat untuk sembuh
Tetapi di tambah lagi dan lagi
Aku yang selalu mengikut 
segala kemahuan mu.. 
Aku yang selalu menurut 
segala perintah mu.. 
Aku.. Hanyalah aku.. 
Aku dan diriku.. Aku dan sesuatu..
Hanya seorang hamba yang hina lagi menyesakkan pandanganmu.. 
Aku tahu siapa aku.. 
Seorang insan yang hanya inginkan perhatian.. 
Belaian.. 
Sentuhan.. dari mu..
Tetapi.. 
Di lirik dengan ekor mata yang tajam.. 
Di biar tanpa belas dan ihsan..
Di tinggal dengan rajuk yang berpanjangan..
Aku...

Saturday, March 7, 2009

Posted by zara On 12:26 AM


Assalam....

Tarikh : 25 Februari 2009..
Hari : Rabu
Masa : 1.40am
Waktu abah dijemput Illahi...

Perkara paling sedih yang aku hadapi.. Kehilangan abah tercinta.. Serasa macam x percaya pun ada.. Tapi aku harus redha atas pemergian abah.. Kerana dunia ini hanyalah pinjaman.. Akhirat jualah yang kekal abadi...
Aku dapat berita tentang kehilangan abah melalui makcik ku.. Kerana kakak ku yang sulong sudah tidak berdaya lagi untuk memberitahu kepada adik²nya yang lain.. Last aku balik kampung jumpa abah adalah 2 minggu yang lepas rasanya.. Itulah kali terakhir aku mendengar suara abah.. 😢
Setelah diberitahu tentang pemergian abah.. Aku terus mengajak suami ku pulang ke kampung.. Malam itu kami bertolak terus ke kampung. Hatiku tidak sabar² mahu cepat sampai ke kampung. Terasa mahu saja aku menyuruh suami duduk di sebelah penumpang dan aku memandu..
Perjalanan terasa amat perlahan dan lambat.. Ya Allah.. Kau ampunilah segala dosa-dosa ayahanda ku ya Allah...
Dalam perjalanan aku bercakap dengan suami ku.. "Tak apa lah abah pergi.. Sekurang²nya abah tak perlu lagi tanggung sakit.."
Untuk makluman, abah aku menghidap penyakit barah usus.. Telah di operate di Hospital KPJ Johor.. Tetapi selepas operation tersebut, sakit abah ku masih tidak reda. Pembedahan itu hanya mengurangkan sedikit rasa sakit yang abah tanggung.. Semua anak²nya berada bersama sewaktu pembedahan tersebut dijalankan...
Berbalik pada perjalanan ku pulang ke kampung. Sampai di satu persimpangan empat, lampu isyarat di laluanku adalah merah. Tapi aku bertegas dengan suamiku supaya melanggarnya saja. Tak lama kemudian terdengar siren dari kereta polis yang ku fikir mungkin mereka bersembunyi di situ. Mereka menahan kami.. Suami ku memberitahu bahawa kami ingin bergegas pulang ke kampung kerana ayah ku meninggal. Atas budi bicara polis tersebut melepaskan kami dan memberi peringatan supaya mematuhi lampu isyarat.. Ye la pak polisi.. Kali ini kami betul² dalam kecemasan...
Sampai saja di rumah, semua adik-beradik ku telah sampai kecuali abangku yang berada di melaka. Semua berkumpul di sekeliling abah dan membacakan yassin.. Kakak kedua ku terus menyuruh aku mandi dan membacakan yassin untuk abah. Ketika itu aku seperti anak kecil yang bingung tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Hanya menurut saja perintah dari kakak ku...
Setelah bersiap, aku terus duduk disisi abah dan memulakan bacaan yassin untuk abah. Kami baca bersama² dan berulang².. Tiada siapa pun yang bangun meninggalkan abah. Semua anak² abah berada di keliling abah dan mengirimkan bacaan yassin untuk abah... 😭
Setelah hari siang, orang ramai mulai berkunjung ke rumah untuk melawat abah dan membacakan yassin.. Segala persiapan untuk memandikan dan mengkafankan abah dilakukan bergotong-royong..
Apabila tiba saat untuk memandikan abah, abang, adikku dan adik abah segera memikul tanggungjawab itu. Aku segera bangun dan mengajak emak untuk turut serta memandikan abah. Tapi mak tak punya tenaga dan kekuatan.. Akhirnya aku dan mak hanya berdiri dan melihat proses memandikan abah hingga selesai. Aku bawa mak supaya mak melihat abah dimandikan supaya mak lebih kuat menghadapi hari² mendatang.. Supaya mak dapat menerima takdir yang telah Allah tetapkan itu dengan penuh redha..
Selesai memandikan abah, proses mengkafankan segera di lakukan. Kami semua memberi kucupan terakhir pada abah.. Kucupan terakhir yang tidak akan kami rasai lagi selepas ini..
Kemudian, kami semua sama² melakukan solat jenazah untuk abah.. Berakhir sudah kehadiran abah dirumah itu.. Abah perlu melalui perjalanan terakhir meninggalkan kami semua di bumi ini untuk di kebumikan...
Aku bertegas mahu mengikut ke tanah perkuburan dan melihat abah dikebumikan. Walau di tegah oleh beberapa orang kampung. Namun aku berkeras mahu pergi juga. Dan akhirnya kami sampai jua di tanah perkuburan itu.
Aku, kakak kedua ku dan adik perempuan ku sama² melihat proses pengkebumian abah. Kami sama² membacakan doa untuk abah.. Maka berakhirlah sudah perjalanan hidup abah di dunia yang sementara ini.. Giliran kami entah bila.. Moga satu hari nanti kami dapat bertemu dengan abah di akhirat sana.. Aamiin....
Abah.. Damailah kau disana...
Ya Allah.. Ampunilah segala dosa² abah.. Tempatkan abah dikalangan orang² yg beriman.. Aamiin³ ya rabbal alamin...
Untuk abah... Alfatihah...