Saturday, October 20, 2012

Posted by zara On 11:05 AM
Assalam.. Selamat pengantin baru dik Rara n Andak.. moga bahagia hingga ke syurga.. cepat dapat baby.. aamiin... sedikit gambar di majlis Nur Farahiyah Anuar & Mohd Saufi.. enjoy.. :) 




















Monday, July 9, 2012

Posted by zara On 7:50 PM
Assalamualaikum...

Lama sangat tak menulis dalam nie.. rasa rindu sesangat nak menulis semula.. Since 2010.. Now dah 2012... Kejap je masa berlalu.. Anak2 pun semua dah bersekolah.. Macam la ramai anak padahal baru 2 orang.. huhu.. 

Sepanjang tahun 2010 ke hari ini macm2 peristiwa yg berlaku.. ada yg sedih, ada yg gembira.. ada yang terluka dan ada yang sengsara.. perkara paling best ialah bulan March 2012 aritu.. adik lelaki aku yg bongsu kawen.. now tinggallah adik gegirl aku yg baru 8 tahun.. lama lagi perjalanan hidupnya.. ntah sempat ke tidak aku nak tengok adik bongsu aku tu kawen.. hehee

Selain dari adik aku kawen, perkara yang menggembirakan aku ialah dapat anak saudara baru.. sebelah suami ada 3 orang.. sebelah aku pulak ada 4 orang.. makin bertambah cucu mak aku.. suka sangat... best3!!! aku..? bukannya x nak tp lum ada rezeki lg.. memang nak nambah.. tunggu je lah.. huhu

Diam x diam dah pukul 10;27am.. baju hubby x iron lagi nie.. pastu nak p amek anak balik sekolah pulak.. hmm.. ok la.. stop dulu.. nanti2 kite sambung citer lagi.. banyak yg aku nak citer tp masa x cukup skarang.. nnt la bila aku free.. huhu

Sambil2 tu jom layan lagu nie... tiap kali dengar kat radio gelak sorang2.. hahaha.. :p enjoyyy!!!





Thursday, December 29, 2011

Posted by zara On 7:00 AM
Hari pertama Amir Zakwan ke sekolah. Dah darjah 1 da dia.. Kejap je masa berlalu.. Adiknya pula masuk Pra-Sekolah.. Senang hantar 1 tempat.. Tak jadi hantar dia masuk Pasti macam abangnya juga.. Huu
Moga anak ummi membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat.. Doa ummi sentiasa mengiringi langkahmu sayang.. Moga dipermudahkan segala urusan mu di dunia dan di akhirat kelak.. Aamiin...



Sunday, June 26, 2011

Posted by zara On 11:26 PM
Sedikit gambar kenangan anakku Amir Zakwan Razali di Pasti As-Salam, Assam Jawa, Kuala Selangor.. Ummi bangga dengan abang.. Tahniah anak ummi sayang... Tahun depan dah darjah 1.. Cam x caya je.. Kejap je masa berlalu.. Lepas ni adik pulak sekolah..





















Wednesday, July 14, 2010

Posted by zara On 11:52 PM


Abah,
Setiap kali memandang wajahmu,
Hati ini begitu bersyukur,
Hati ini begitu bahagia,
Kedapatan seorang ayah sepertimu..

Abah,
Kehidupanku serasa bermakna,
Dengan titik peluhmu,
Aku dan adik-adik mengenali dunia,
Dengan kasih-sayangmu,
Aku dan adik-adik mengenali bahagia,
Dengan ilmumu,
Aku dan adik-adik mengenali Allah Yang Maha Esa..


Abah,
Aku tahu susah payahmu,
Aku tahu deritamu,
Aku tahu budimu,
Semuanya kau persembahkan,
Tanpa sedikit pun rungutan,
Tanpa sedikit pun kemalasan,
Demi membela diri kami sekeluarga..

Abah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan,
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit,
Sanggup berkorban segalanya,
Hanya kerana keluarga tercinta..

Abah...
Moga rohmu dicucuri rahmat,
Ditempatkan bersama orang2 yang beriman..
Al-fatihah....
Posted by zara On 11:51 PM
Hari ini wap berkepul2an keluar daripada nafasku. Udara dingin metah. Suasana pagi tadi seperti berada di Eropah. Hal itu membuatkan jiwaku terkurung di dalam emosi yang beku.Di cengkam meori silam dan hatiku kembali terpenjara di pulau sepi.

Wahai pulau sepi.. aku kembali lagi....

Di pulau ini, aku mencari buah2an kenangan. daripada celah pohonan, ku petik dan ku usap. Ku telan ia mengisi jasadku daripada mati kekeringan. Sebetulnya, buah2an itu tidak sukar untuk ku cari. Hanya perlu mengingatkan kembali bagaimana ia bermula dan di mana ia bertunas. Pasti buah2 itu akan muncul di antara kedua mataku.

Setiap hari aku akan berdiri di pesisir pulau. Memerhati jika ada sampan yang singgah. Menunggu kapal2 yang sudi untuk mengambilku pergi daripada pulau sepi ini. Dalam penantian itu, aku bermain sendirian. Membina istana pasir, melorek sesuatu di atas permukaan pantai sambil menguis2 kulit cangkerang.

Sekali-sekala aku turun ke gigi air, untuk bersuci dan berwuduk. Kekadang aku berenang di permukaan air, memandang karang di dasar. Melihat anak2 ikan yang bebas berkejaran. Sehingga menyangka diriku adalah ikan yang bebas.

Setiap kali malam muncul, bayang2 yang menemaniku hilang. Aku bimbang, takut dan merasa sunyi. Tetapi aku terinagt janjiku bersama dia. Lalu bintang2 di langit bersinar terang. Memberi cahaya untukku. Aku tidak tahu apakah nama2 bintang itu. Sama ada di penjuru timur dan barat, di penjuru selatan dan utara. Mereka bertaburan di dada langit, sehingga sukar untuk aku susun dalam ingatan..

Entah sudah berapa hari aku meninggalkan pulau kecewa. Entah sdah berpa hari aku tersadai di pulau sepi.. Kisah semalam masih segar, sehingga buah2 kenangan tersembul di kiri dan kananku. Mendesak aku memetiknya dan mengungkap sesuatu. Aku mencapai puntung kayu halus, bergegas ke pinggir pantai.

Ku turut rentak melodi ombak menghempas pantai. Dipasir lembah itu, ku tulis sesuatu. Ku bacakan kalimah demi kalimah..

Kudus hembus sukma menyapa jiwa,
Berjurai kuntuman kejora menembus nostalgia,
Halus warna semalam berubah jingga,
Mulus mengusap2 mencumbui sejuta figura,
Kabus terang, suram berbalam2,
Sejurus ku tangkap sesusuk wajah duka..

Ku hayati sebujur wajah muda,
Asyik ku lekuk redup mata bundar,
Ku lorek kening lentik mata pedang,
Ku usap-tiup gebu pipi semulus sukma..

Lalu
Sayu ku seru sepotong nama,
Menanti tawa dan canda bicara,
Lesu ku baca mantera cinta,
menanti turunnya kasih membuah setia,
Kaku hatiku diam beku di situ,
Ku sedar diri ini tidak ku miliki sesiapa,
Hanya mampu mengukir sebuah arca di jiwa..

Aku melempar kayu ditangan dan menatap tulisan itu.. Kenapa??

Kenapa dia terlalu kukuh di nubari. Sehingga mengikat setiap sisi di hatiku begitu ketat. Melarang aku melepaskan setiap kenangan. meminta aku rakam saat pertemuan dan perpisahan, serta kisah2 di antara keduanya. Dia mahu aku setia, seperti kesetiaanya padaku. Walaupun setelah dia pergi. Barangkali angin yang memukul bidukku adalah utusannya. Cintanya meniup layar kecilku sehingga terdampar di pulau sepi ini. Diakah yang sengaja membuat aku terasing ke sini? Apakah mantera yang telah dibacakan sehinga dia memiliki kuasa sebegitu? Mustahil orang yang telah pergi melakukan semua itu!

Aku hairan, kenapa kapal2 lain tidak singgah ke pulau ini? Adakah merke tidak melihatnya? Atau sebetulnya pulau sepi ini tidak wujud. Atau pulau ini hanya bayangan ilusi yang dihantar untukku sahaja. Barangkali ada dinding lut sinar yang menghalang penglihatan mereka, yang aku sendiri tidak mampu melihatnya? Tidak mampu merobeknya..

Aku kembali ke tempat tadi. Berbaring sambil melihat bintang di dada langit. Hati mula bercitra dengan monolog sukma sendirian.

* Mencintai dan mengenali tidak sama. Cinta tidak memerlukan sebab. Hanya kerana suka dan kasih, lalu terus mencintai..

* Untuk kenal memerlukan banyak sebab. Banyak soalan dan andaian.

Di pulau sepi...
Rutinku masih sama. Setiap kali siang datang, aku menanti di gigi air. setiap kali malam menjelma, aku terbaring di bawah langit. Siang dan malam berganti, aku terus menanti.

Dia istimewa disisiku bukan kerana sekeping wajah miliknya. Aku tidak sekacak Yusof dan dia bukan secantik Zulaikha. Bukan kerana dia seorang puteri, tiada kaitan dengannya, tetapi adalah disebabkan diriku. Aku yang menganggapnya istimewa, aku yang menyukainya..

Tetapi... sampai bila harus aku menanti...
Posted by zara On 11:50 PM
Ketika dunia masih berkabus, dia pergi meninggalkan aku. Gerimis turun kesedihan.Lalu aku beredar meninggalkan pulau kecewa. Menaiki biduk kecil tidak bertuan. Membelah ombak yang menggulung hiba. Mencerai percikan air dengan tubir pendayung duka. Tanpa disangka, kemudi ku patah dan aku tersadai. Terkandas di pulau tidak bernama. Lalu aku namakan ia Pulau Sepi..

Aku terdampar di pulau ini. Sunyi dan terus menanti mengharap muncul seseorang yang membawaku pergi. Lama aku disitu, bermain sendiri. Yang menyanyi untukku adalah alunan angin dicelah pepohon. Yang menyapa tubuhku adalah bayang2 tidak bersisi. Tiada suara, tiada bahasa yang dapat ku fahami. Hanya ada desir dan gemersik. Aku jadi bisu..

Seawal berada di pulau itu, aku fikir sendiri akan buta. Pendengarankuakan hilang perlahan2.Akal warasku akan tumpul kewajaran. Sehingga jasadku akan mengering dan aku mati kelaparan. Saat itu aku merasakan kaki dan tangan kaku, saraf2 di tubuhku hilang rasa, arteri2 yang meluru ke jantungku terputus..

Lalu aku membuka kembali simpulan janji. Aku satukan hati. Aku tahu aku perlu terus hidup. terus menjaga diri sendiri agar tidak mensia2kan setiap peluang kehidupan yang ada. Aku cuba mengingatkan diri tentang masa depan, tentang harapan. Aku perlu berteguh walau apa jua keadaan. Aku cuba mengingatkan diri di sisi insan ada Tuhan.Ada kuasa yang sentiasa mendengar dan melihat. yang menghidupakn dan mematikan. Yang merosakkan dan menyuburkan.Yang mengawal segalanya. perlahan aku menemukan kekuatan.

Darah kembali mengepam jantungku. Saraf2ku mencucuk kesakitan dan aku mengaduh. Deria ku kembali mencicip rasa. Memaksa aku bangkit dan mencari sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Tubuh letai itu ku gagahi untuk bangun. Aku harus berbicara. Tidak boleh membiarkan sendiri jadi bisu.

Biduk patah kemudi tersesat di lautan,
Teringat tuan puteri yang muncul dalam ingatan,
Tugu kasih tinggal kenangan,
Namun hidup ku tetap diteruskan...

Entah mengapa, pemergiannya buat aku kesal. Baru aku tahu dia sangat istimewa. Walaupun dia cuma singgah seketika di nubari, namun figurnya telah bermukim di lubuk hati. dia seolah kekal di situ walaupun takdir menyatakan dia tiada lagi..
Posted by zara On 11:50 PM
Ia datang tanpa diduga
Jiwaku hanyut diterjah rasa
bagai deruman air terjun di dada
Dingin menyelimuti panas membara

Bila ia memagar jiwa
Segalanya indah belaka
Langkahmu persis gerak tari gemalai
Sahutmu gemersik angin membelai
Bicaramu lunak membuai

Lenamu ku tatap
Jagamu ku nanti
Rajukmu ku ratap

Kasih..
Aku bingung...
Namun aku gelisah tanpamu
Cintakah itu!!
Posted by zara On 11:49 PM

















Tolong ingatkan saya
andai saya terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan saya
supaya ingat pesan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan




Tolong ingatkan saya
dengarlah dan bacalah al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika televisyen penuh hindustan

Tolong ingatkan saya
di mana islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya
kalau bercinta biarlah kerana-Nya
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga disana menjadi bekalan

Tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepada-Nya jiwa diserahkan
segalanya Dia lah tumpuan..

Terima kasih kerana mengingatkan diri ini... :)
Posted by zara On 11:33 PM
Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa
"penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah
Allah untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang
mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia
kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan
angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si
anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"....)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... .
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah
dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau
dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni
lebih
berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana
"dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah
berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan
doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri
sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa
ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan
diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji
mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh.
Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal
menemani kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir
radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat
duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang
Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran
Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta
yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat
dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj
Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadis riwayat Imam Muslim)


Tuesday, April 6, 2010

Posted by zara On 3:24 AM
Listen to Quran

Thursday, February 25, 2010

Posted by zara On 2:11 AM


Harini dah lebih setahun arwah abah pergi.. 25 february 2009.. Tarikh abah di ambil olehNYA kembali.. Pergi yang tak mungkin akan kembali...
Hanya kami saja yang sedang menanti dipanggil untuk bersama2 arwah abah dan mereka yang lain disana..
Tapi... sudah cukupkah amal ku? sudah cukupkah segala kebajikan ku...? Ya ALLAH.. berilah hamba Mu ini kekuatan dalam menempuh segala dugaan dan cabaran hidup ini.. KAU ampunilah segala dosa2 ku.. Ampuni segala dosa2 kedua ibu bapa ku.. Ampuni dosa2 adik-beradikku... Ampuni segala dosa2 ummat islam di dunia ini... Tempatkan mereka bersama orang2 yang beriman.. bertaqwa kepada MU...
Macam x percaya pun ada. abah dah setahun pergi meninggalkan aku.. Aku rindu sesangat kat abah.. Dalam keluarga, aku paling hormat pada abah... Walaupun selama hayatnya, aku selalu rasa takut nak berdepan ngan abah.. Abah segala2nya dalam hidupku.. Aku ingat lagi masa umurku 6 tahun.. sekolah tadika.. abah selalu bawak aku naik motor ronda2 kampung.. walaupun masa tu aku ada adik kecik..
Abah adalah manusia paling mulia aku jumpa.. abah sanggup berpanas hujan mencari rezeki untuk kami adik-beradik.. Dalam ramai2 anak abah, aku antara yang nakal.. selalu kena marah ngan mak, tapi abah tetap membela aku.. aku tak tau kenapa mak dulu selalu marahkan aku.. ini salah, itu salah...
sebabnya, aku tak tolong akak aku kemas rumah.. aku selalu dengan dunia aku masa kecik2 dulu... selalu duduk penjuru rumah dengan sebatang pensel dan buku ku.. x kacau orang, n x suka sibuk hal orang.. aku dan duniaku...
Teringat masa umur aku 5 tahun ke 6 ntah masa tu.. aku tidur depan TV.. petang lepas tgk TV.. biasa la tu.. pintu rumah memang terbuka luas.. ntah macam mana.. ada seekor tedung selar telah menerpa ke arahku.. melingkar di atas badan ku.. sambil kepalanya tercaduk, tegak... memandang ke arah keluarga ku yang lain..
waktu itu, kak ngah dan abang ku ke dapur untuk ambil semangkuk air.. air tu mak nak gunakan untuk menukar lampin adikku yang paling kecil.. sambil menanti air, mak melemparkan sehelai kain lampin ke arah almari.. tedung selar itu mengejar dan masuk ke bawah almari...
Kakak ku yang sulong membawa adik2 ku yang lain keluar rumah.. kecoh jugak masa tu.. abah menahan orang yang lalu lalang untuk minta tolong... aku yang masih dalam tidur, dikejutkan kakak ku yang sulong.. menarikku keluar rumah... mak terus mendukung adikku keluar juga.. semua ahli keluarga ku sudah keluar..
sekarang hanya tinggal tedung selar tu saja dalam rumah..
Beberapa orang kampung yang berhenti, bergegas mencari buloh dan membawanya kepada abah.. tedung selar tu dah masuk bilik mak.. sambil orang2 kampung cuba menghalau ular itu, ular itu sudah berdiri dan mematuk dinding bilik mak.. akibatnya, terpelanting 2 keping papan di bahagian atas dinding bilik.. punya kuatnya ular tersebut cuba nak lari menyelamatkan diri...
Setelah berhempas-pulas, akhirnya mereka berjaya menangkap ular tersebut dan membunuhnya.. setelah mati, mereka menyuruh abah ku menanamnya.. aku ikut abah pergi ke bawah melihatnya menanam ular tersebut.. kenangan.. sejak dari hari itu, orang kampung menggelarku "snake girl".. memory... huhu
Satu lagi citer, masa tu abah sedang mengubahsuai rumah bahagian dapur.. agak sibuk jugak masa tu.. dan aku pulak menyibuk nak tengok depa bekerja.. abah mnyuruh ku masuk ke dalam.. jangan sibuk kat tempat yang bahaya macam tu.. aku akur, dan masuk.. dalam perjalanan ku nak masuk ke rumah, aku terasa ada seketul batu jatuh ke atas kepala ku. rupa-rupanya ia adalah sebatang kayu buti lenih kurang 15cm.. sangat berat.. mengalahkan berat batu bata..
aku terus menggosok2 kepala ku dan berlari ke depan..
ntah macam mana, tetiba je aku rasa ada benda sejuk mengalir membasahi kepala dan tanganku..
abang ku yang ada di situ ketika itu menjerit, mengatakan kepala ku berdarah..
apa lagi.. kecoh rumah dibuatnya.. masa tu mak x de dirumah.. pergi kenduri yassin rumah orang..
abah ku yg mendengar bergegas mendapatkan aku... abah menyuruh kak long ku mengambil daun senduduk.. dan menumbuknya..
kak long ku ambil dan menumbuk..tp dengan pantas abah mengambil beberapa helai daun senduduk dan memamahnya.. setelah agak lumat, terus daun itu dilumurkan ke kepala ku.. abah mengambil kain dan mengikatnya.. x lama kemudian, darah behenti mengalir..
abah... rindu sangat2 kat abah... semua tu x boleh lupa... tulah sedikit kenangan yg paling aku x boleh lupa pasal arwah abah.. yg paling aku ingati..

Ya Allah ampunilah segala dosa2 ayahandaku dan tempatkanlah ayahandaku di kalangan orang2 yang beriman.. aamiin

Saturday, March 7, 2009

Posted by zara On 12:26 AM


Assalam....

Tarikh : 25 Februari 2009..
Hari : Rabu
Masa : 1.40am
Waktu abah dijemput Illahi...

Perkara paling sedih yang aku hadapi.. Kehilangan abah tercinta.. Serasa macam x percaya pun ada.. Tapi aku harus redha atas pemergian abah.. Kerana dunia ini hanyalah pinjaman.. Akhirat jualah yang kekal abadi...
Aku dapat berita tentang kehilangan abah melalui makcik ku.. Kerana kakak ku yang sulong sudah tidak berdaya lagi untuk memberitahu kepada adik²nya yang lain.. Last aku balik kampung jumpa abah adalah 2 minggu yang lepas rasanya.. Itulah kali terakhir aku mendengar suara abah.. 😢
Setelah diberitahu tentang pemergian abah.. Aku terus mengajak suami ku pulang ke kampung.. Malam itu kami bertolak terus ke kampung. Hatiku tidak sabar² mahu cepat sampai ke kampung. Terasa mahu saja aku menyuruh suami duduk di sebelah penumpang dan aku memandu..
Perjalanan terasa amat perlahan dan lambat.. Ya Allah.. Kau ampunilah segala dosa-dosa ayahanda ku ya Allah...
Dalam perjalanan aku bercakap dengan suami ku.. "Tak apa lah abah pergi.. Sekurang²nya abah tak perlu lagi tanggung sakit.."
Untuk makluman, abah aku menghidap penyakit barah usus.. Telah di operate di Hospital KPJ Johor.. Tetapi selepas operation tersebut, sakit abah ku masih tidak reda. Pembedahan itu hanya mengurangkan sedikit rasa sakit yang abah tanggung.. Semua anak²nya berada bersama sewaktu pembedahan tersebut dijalankan...
Berbalik pada perjalanan ku pulang ke kampung. Sampai di satu persimpangan empat, lampu isyarat di laluanku adalah merah. Tapi aku bertegas dengan suamiku supaya melanggarnya saja. Tak lama kemudian terdengar siren dari kereta polis yang ku fikir mungkin mereka bersembunyi di situ. Mereka menahan kami.. Suami ku memberitahu bahawa kami ingin bergegas pulang ke kampung kerana ayah ku meninggal. Atas budi bicara polis tersebut melepaskan kami dan memberi peringatan supaya mematuhi lampu isyarat.. Ye la pak polisi.. Kali ini kami betul² dalam kecemasan...
Sampai saja di rumah, semua adik-beradik ku telah sampai kecuali abangku yang berada di melaka. Semua berkumpul di sekeliling abah dan membacakan yassin.. Kakak kedua ku terus menyuruh aku mandi dan membacakan yassin untuk abah. Ketika itu aku seperti anak kecil yang bingung tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Hanya menurut saja perintah dari kakak ku...
Setelah bersiap, aku terus duduk disisi abah dan memulakan bacaan yassin untuk abah. Kami baca bersama² dan berulang².. Tiada siapa pun yang bangun meninggalkan abah. Semua anak² abah berada di keliling abah dan mengirimkan bacaan yassin untuk abah... 😭
Setelah hari siang, orang ramai mulai berkunjung ke rumah untuk melawat abah dan membacakan yassin.. Segala persiapan untuk memandikan dan mengkafankan abah dilakukan bergotong-royong..
Apabila tiba saat untuk memandikan abah, abang, adikku dan adik abah segera memikul tanggungjawab itu. Aku segera bangun dan mengajak emak untuk turut serta memandikan abah. Tapi mak tak punya tenaga dan kekuatan.. Akhirnya aku dan mak hanya berdiri dan melihat proses memandikan abah hingga selesai. Aku bawa mak supaya mak melihat abah dimandikan supaya mak lebih kuat menghadapi hari² mendatang.. Supaya mak dapat menerima takdir yang telah Allah tetapkan itu dengan penuh redha..
Selesai memandikan abah, proses mengkafankan segera di lakukan. Kami semua memberi kucupan terakhir pada abah.. Kucupan terakhir yang tidak akan kami rasai lagi selepas ini..
Kemudian, kami semua sama² melakukan solat jenazah untuk abah.. Berakhir sudah kehadiran abah dirumah itu.. Abah perlu melalui perjalanan terakhir meninggalkan kami semua di bumi ini untuk di kebumikan...
Aku bertegas mahu mengikut ke tanah perkuburan dan melihat abah dikebumikan. Walau di tegah oleh beberapa orang kampung. Namun aku berkeras mahu pergi juga. Dan akhirnya kami sampai jua di tanah perkuburan itu.
Aku, kakak kedua ku dan adik perempuan ku sama² melihat proses pengkebumian abah. Kami sama² membacakan doa untuk abah.. Maka berakhirlah sudah perjalanan hidup abah di dunia yang sementara ini.. Giliran kami entah bila.. Moga satu hari nanti kami dapat bertemu dengan abah di akhirat sana.. Aamiin....
Abah.. Damailah kau disana...
Ya Allah.. Ampunilah segala dosa² abah.. Tempatkan abah dikalangan orang² yg beriman.. Aamiin³ ya rabbal alamin...
Untuk abah... Alfatihah...


Sunday, February 15, 2009

Posted by zara On 1:53 AM
Dia tidak pernah meminta kasih sayang,
malah tidak pernah sedar kelahiran kasih sayang itu sendiri di dalam hidupnya.
Kalaupun dia bertanya… bukan kerana dia ingin tahu,
tetapi sekadar nalurinya yang yang ingin bersuara tanpa bermaksud apa-apa.

Dunianya sukar ditafsirkan..
tawa dan tangisnya, sendu dan airmatanya..
wujud hanyalah sekadar dia seorang manusia.
Kelahirannya sebagai satu ujian untuk manusia lain.
Hidupnya bersulam umpat dan keji. Perjalanannya tidak ketentuan arah.
Citanya hanya sekadar melalui hari-hari yang kosong.
Hambar dan tidak membawa sebarang pengertian buat dirinya.

Tetapi bagi mereka yang mahu berfikir dan merenung sejenak..
terlalu banyak yang kita pelajari darinya.
Sabar, kesetiaan dan kasih sayang..
sebenarnya terlalu sempurna untuk hidup di samping masyarakat yang semakin melupakan penciptanya.



“Dan sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia itu berbagai-bagai sifatnya. Mereka ada otak, tetapi tidak mahu berfikir dengannya. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat dengannya. Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Adapun mereka itu umpama binatang ternakan. Bahkan lebih sesat, mereka itu ialah orang yang sesat.”

Wednesday, June 4, 2008

Posted by zara On 11:30 PM


When you are together with that special someone, 
you pretend to ignore that person. 
But when that special someone is not around, 
you might look around to find them.
At that moment, you are in love.

Although there is someone else who always makes you laugh,
your eyes and attention might go only to that special someone.
Then, you are in love.

Although that special someone was supposed 
to have called you long back, 
to let you know of their safe arrival,
your phone is quiet.
You are desperately waiting for the call!
At that moment, you are in love.

If you are much more excited for one short e-mail from
that special someone than other many long e-mails,
you are in love.

When you find yourself as one who cannot erase all the
messages in your answering machine because of one message
from that special someone, you are in love.

When you get a couple of free movie tickets, you would
not hesitate to think of that special someone.
Then, you are in love.

You keep telling yourself, "that special someone is just a friend", 
but you realize that you can not avoid that person's special attraction. 
At that moment, you are in love.
While you are reading this page, if someone
appears in your mind,
then u are in love with that person...