Wednesday, July 14, 2010

Posted by zara On 11:51 PM
Hari ini wap berkepul2an keluar daripada nafasku. Udara dingin metah. Suasana pagi tadi seperti berada di Eropah. Hal itu membuatkan jiwaku terkurung di dalam emosi yang beku.Di cengkam meori silam dan hatiku kembali terpenjara di pulau sepi.

Wahai pulau sepi.. aku kembali lagi....

Di pulau ini, aku mencari buah2an kenangan. daripada celah pohonan, ku petik dan ku usap. Ku telan ia mengisi jasadku daripada mati kekeringan. Sebetulnya, buah2an itu tidak sukar untuk ku cari. Hanya perlu mengingatkan kembali bagaimana ia bermula dan di mana ia bertunas. Pasti buah2 itu akan muncul di antara kedua mataku.

Setiap hari aku akan berdiri di pesisir pulau. Memerhati jika ada sampan yang singgah. Menunggu kapal2 yang sudi untuk mengambilku pergi daripada pulau sepi ini. Dalam penantian itu, aku bermain sendirian. Membina istana pasir, melorek sesuatu di atas permukaan pantai sambil menguis2 kulit cangkerang.

Sekali-sekala aku turun ke gigi air, untuk bersuci dan berwuduk. Kekadang aku berenang di permukaan air, memandang karang di dasar. Melihat anak2 ikan yang bebas berkejaran. Sehingga menyangka diriku adalah ikan yang bebas.

Setiap kali malam muncul, bayang2 yang menemaniku hilang. Aku bimbang, takut dan merasa sunyi. Tetapi aku terinagt janjiku bersama dia. Lalu bintang2 di langit bersinar terang. Memberi cahaya untukku. Aku tidak tahu apakah nama2 bintang itu. Sama ada di penjuru timur dan barat, di penjuru selatan dan utara. Mereka bertaburan di dada langit, sehingga sukar untuk aku susun dalam ingatan..

Entah sudah berapa hari aku meninggalkan pulau kecewa. Entah sdah berpa hari aku tersadai di pulau sepi.. Kisah semalam masih segar, sehingga buah2 kenangan tersembul di kiri dan kananku. Mendesak aku memetiknya dan mengungkap sesuatu. Aku mencapai puntung kayu halus, bergegas ke pinggir pantai.

Ku turut rentak melodi ombak menghempas pantai. Dipasir lembah itu, ku tulis sesuatu. Ku bacakan kalimah demi kalimah..

Kudus hembus sukma menyapa jiwa,
Berjurai kuntuman kejora menembus nostalgia,
Halus warna semalam berubah jingga,
Mulus mengusap2 mencumbui sejuta figura,
Kabus terang, suram berbalam2,
Sejurus ku tangkap sesusuk wajah duka..

Ku hayati sebujur wajah muda,
Asyik ku lekuk redup mata bundar,
Ku lorek kening lentik mata pedang,
Ku usap-tiup gebu pipi semulus sukma..

Lalu
Sayu ku seru sepotong nama,
Menanti tawa dan canda bicara,
Lesu ku baca mantera cinta,
menanti turunnya kasih membuah setia,
Kaku hatiku diam beku di situ,
Ku sedar diri ini tidak ku miliki sesiapa,
Hanya mampu mengukir sebuah arca di jiwa..

Aku melempar kayu ditangan dan menatap tulisan itu.. Kenapa??

Kenapa dia terlalu kukuh di nubari. Sehingga mengikat setiap sisi di hatiku begitu ketat. Melarang aku melepaskan setiap kenangan. meminta aku rakam saat pertemuan dan perpisahan, serta kisah2 di antara keduanya. Dia mahu aku setia, seperti kesetiaanya padaku. Walaupun setelah dia pergi. Barangkali angin yang memukul bidukku adalah utusannya. Cintanya meniup layar kecilku sehingga terdampar di pulau sepi ini. Diakah yang sengaja membuat aku terasing ke sini? Apakah mantera yang telah dibacakan sehinga dia memiliki kuasa sebegitu? Mustahil orang yang telah pergi melakukan semua itu!

Aku hairan, kenapa kapal2 lain tidak singgah ke pulau ini? Adakah merke tidak melihatnya? Atau sebetulnya pulau sepi ini tidak wujud. Atau pulau ini hanya bayangan ilusi yang dihantar untukku sahaja. Barangkali ada dinding lut sinar yang menghalang penglihatan mereka, yang aku sendiri tidak mampu melihatnya? Tidak mampu merobeknya..

Aku kembali ke tempat tadi. Berbaring sambil melihat bintang di dada langit. Hati mula bercitra dengan monolog sukma sendirian.

* Mencintai dan mengenali tidak sama. Cinta tidak memerlukan sebab. Hanya kerana suka dan kasih, lalu terus mencintai..

* Untuk kenal memerlukan banyak sebab. Banyak soalan dan andaian.

Di pulau sepi...
Rutinku masih sama. Setiap kali siang datang, aku menanti di gigi air. setiap kali malam menjelma, aku terbaring di bawah langit. Siang dan malam berganti, aku terus menanti.

Dia istimewa disisiku bukan kerana sekeping wajah miliknya. Aku tidak sekacak Yusof dan dia bukan secantik Zulaikha. Bukan kerana dia seorang puteri, tiada kaitan dengannya, tetapi adalah disebabkan diriku. Aku yang menganggapnya istimewa, aku yang menyukainya..

Tetapi... sampai bila harus aku menanti...

0 comments:

Post a Comment