Tuesday, September 16, 2014

Posted by zara On 7:18 AM

Ramai dari kita yang menganggap bahawa takdir setiap manusia, sudah ditentukan sepenuhnya dan tidak dapat diubah langsung. Adakah takdir kita ditentukan sebegini? Kalau Ya! Apakah kegunaannya kita diberikan akan fikiran? Apakah gunanya kita diberikan minda “External Minda” dan minda dalaman “Internal Mind” ?.
Takdir bukanlah ditentukan seperti dipercayai ramai :
Ali akan lahir -  Zaman kanak-kanaknya agak susah -  Dia akan belajar sampai tingkatan tiga –  Pada usia 18 tahun dia akan mula bekerja – Dia akan bekerja sebagai tukang besi – Dia akan berkahwin dengan Ani  pada umur 27 tahun– Dia akan melahirkan 7 orang anak – Dia akan diserang 3 jenis penyakit – Dia akan mengalami kemalangan pada umur 45 – Dia akan mengalami kemiskinan – Dia akan diserang penyakit jantung – Dia akan mati pada umur 60 tahun kerana sakit jantung.
Kehidupan kita ini bukanlah sesuatu ketentuan seperti yang diceritakan di atas. Sebaliknya, Kita akan diberi pilihan dan peluang pada setiap masa. Kita dibenarkan untuk memilih apa yang kita perlukan di dalam kehidupan kita. Lebih dari 60% kehidupan kita dapat diubah seperti yang kita inginkan.
Contohnya :
Ali akan lahir – zaman kanak-kanaknya akan mengikut karma ibu bapanya – Zaman persekolahan dia diberi peluang untuk belajar - (Ada pilihan) sama ada dia belajar dengan cemerlang atau tidak – Kalau dia belajar dengan cemerlang- Kia akan teruskan pelajaran sehingga menara gading- dia dapat pekerjaan yang baik atau – memulakan perniagaan -(Ada pilihan)kewangannya stabil – kewangannya meningkat – dapat nama baik dalam masyarakat- dapat peluang masuk politik – (Ada pilihan)- dapat ramai kenalan- dia akan diserang penyakit jika sistem makanannya tidak dijaga (Ada pilihan)- dia akan diberi ramai wanita untuk dipilih menjadi isteri (Ada pilihan)- kehidupan dan anak-anaknya akan berubah bergantung dengan isteri yang dia  pilih- anak-anaknya akan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan – (Ada pilihan)- kalau kesihatannya dijaga dia akan meninggal dunia pada usia 75 tahun di rumahnya (Ada pilihan)- kalau kesihatannya tidak dijaga dia akan meninggal dunia di hospital pada usia 60 tahun.
Ini hanyalah sebuah  contoh yang singkat . Kita sentiasa akan diberi peluang dan pilihan. Gunakanlah peluang yang diberikan  dan buatlah pilihan yang bijak supaya kehidupan kita lebih senang dan tenang

Petikan dari: RahsiaAlam. com

0 comments:

Post a Comment